Social Icons

Selamat Hari Guru 2017 - Jasamu Pasti Kukenang.


Assalamualaikum

Semoga semua pembaca blog Amnurhuda dilimpahi rahmat Allah selalu. 

16.5.2017
Hari ni satu Malaysia menyambut Hari Guru sebagai satu penghargaan buat guru-guru.

SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia.

Semoga kalian kuat dan sentiasa bersemangat untuk mendidik dan membentuk anak-anak bangsa menjadi insan cemerlang dunia & akhirat.

Terima kasih padamu cikgu
Jasamu pasti dikenang selamanya.

Tahniah dari saya buat semua guru-guru.




Sebenarnya dah ramai yang salah menganggap saya seorang guru sedangkan saya tak pernah pun jadi guru kecuali untuk anak-anak. Itupun guru tak bertauliah..hihi

Ada gaya seorang guru ke saya ni?


Ok, untuk semua cikgu - cikgu, saya tujukan khas lagu ni buat kalian.


LIRIK LAGU TERIMA KASIH CIKGU – NAJWA LATIF FEAT UPIN IPIN

Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

#SelamatHariGuru2017.





Pentingnya Ujian Papsmear yang Sepatutnya Semua Wanita Tahu.


Assalamualaikum

Semoga semua pembaca yang singgah di blog ini dirahmati dan diberkati Allah selalu. 

Hari ni saja la baca pasal ujian papsmear.Ibu - ibu kat sini tahu dan pernah jalani tak ujian ni. 

Setiap waniya berusia 26-70 tahun adalah disarankan untuk menjalani ujian ini dalam 2-3 tahun sekali. 

Ujian papsmear adalah bertujuan untuk mengenal pasti sebarang ketumbuhan di peringkat awal. 

Ujian ini dapat mengesan sebarang perubahan pada sel serviks  sebelum ia merebak menjadi sel kanser.

Pendekata ujian ini adalah sebagai salah satu pencegahan kepada kanser serviks. 

Bukankah mencegah itu lebih baik? 

Nampak tak pentingnya ujian papsmear ni tetapi masih ramai wanita yang enggan menjalaninya. 
Alasan utama adalah takut dan malu. 

Memang takut, memang malu. Saya dulu pun macam tu la. 

Tapi bila misi suruh buat, saya buat. Saya ni budak baik.. hihi misi pun tau kita takut dan malu tapi atas penerangan yang diberikan saya beranikan diri untuk menjalaninya. 

Wanita kan hebat, dulu pun takut nak bersalin tapi la ni anak empat dah.. Kih kih, kira berani la kan. 
Nak bersalin lagi sakit. Ujian papsmear ni tak sakit pun kalau kena gayanya dan sat sangat masa yang diambil.

Kita kena relax ja. Jangan duk buat keras.Senang citer ikut la cakap misi yang nak buat ujian ni. 

In sha Allah mudah.

Sekarang ni saya tak takut dah dengan ujian ni. Setiap tahun alhamdulillah saya jalaninya.

Cuba bayangkan kita tak pernah buat ujian ni, tiba-tiba berlaku sesuatu masalah kesihatan dan kita diarahkan untuk buat ujian ni. Nak tak nak kita dah terpaksa buat. 

Masa tu kalau ujian kita menunjukkan adanya sel-sel kanser, kemungkinan waktu tu kanser kita sudah pun merebak.

Takut dan malu masa tu memang terpaksa dilalui, malah mungkin lebih banyak proses lagi yang akan dijalankan andaikata doktor telah sahkan memang ada kanser. 

Lagi sakit lagi malu. 

Tak takut? Kalau takut buatlah ujian ni.Biarlah takut dan malu seminit untuk hari ni daripada menanggung sakit dikemudian hari.

Sesungguhnya kita hanya merancang. Allah jua la penentu segalanya. 

Saya doakan kita semua wanita hebat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.

Selamat hari ibu (sebenarnya saya tak tau pun bila tarikh hari ibu,hari-hari saya jadi ibu, so.. Hari-hari la hari ibu hehehe) 

Terima kasih kerana sudi membaca sampai disini. 

Semoga apa yang saya sampaikan memberikan sedikit keberanian buat semua wanita untuk menjalani ujian ini. 

Salam sihat dari saya. 

Nurul. 



Durian Belanda untuk ayah.


Assalamualaikum. 

Semoga semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa dirahmati dan diberkati Allah selalu. 

Petang tadi menemani adik ke rumah seorang kawannya untuk mencari durian belanda. 


Katanya tahu lokasi rumah tapi terlajak juga. Biasa la kan tak pe terlajak kereta boleh diundur. Tapi kami tak undur tau, kami teruskan je.. pastu kami  kona balik la. 

Memandu sambil mencari rumah,dua perkara yang harus dilakukan dengan  lebih berhati2.Kejap bagi signal, kejap off balik. Kejap on balik, silap haribulan kena marah dengan orang belakang.. Haha sabar je la kan. 

Kami berjaya menemui rumah yang dicari. Alhamdulillah tuan rumah pun ada, jadi cakap terus kami mai ni nak cari buah Durian Ropa ( Durian Belanda).

Pokok ada dan buah pun banyak cuma comel comel je saiznya. 

Kami berdua meredah sendiri belakang bangsal ditepi rumah.Dengan bantuan tuan rumah kami berjaya mendapatkan 2 biji Durian Ropa bersaiz comel2 dan kata tuan rumah buah yang dah tua kulitnya agak cekang dan warnanya agak muda.


Nampak macam besar tapi sebenarnya kecik je buah ni.

Harap2 dah tua la buah yang kami ambil tu.
Ucapan terima kasih kami hulurkan bersama pertanyaan berapa yang kami perlu bayar. Tapi mak cik ( ibu kepada kawan adik) tak mau la pulak bila tahu tujuan kami mencari buah tersebut.Hmm segan la kan ambik free lain kali malu nak mai dah.. hihi. Terima kasih sekali lagi kami ucapkan sambil adik menghulurkan sedikit wang untuk anak2 kawannya sebagai sedekah. 

Dijemputnya kami masuk dulu tapi kami menolak sebab nak balik cepat. Anak2 ditinggalkan jadi tak nak la lama-lama. 
Pesan makcik, balik peram buah Durian Ropa ni bersama ragi selama dua malam. In sha Allah nanti masak la. 

Ok pencarian buah Durian Belanda untuk ayah dah berjaya, dan kami pun minta izin untuk pulang.Sambil - sambil tu singgah dibeberapa buah kedai untuk mencari ragi. Alhamdulillah ragi pun dah ada. Boleh balik dan peram. 

Antara kebaikan buah Durian Belanda adalah :

1-Membunuh sel kanser

2-Mencegah osteoporosis

3-Meningkatkan tenaga dan daya tahan.
 
4-Bermanfaat untuk jantung dan mencegah       kerosakan saraf.

5-Merawat buasir dan keracunan makanan yang dihidapi oleh bayi. 

6-Melegakan sembelit

7-Memberikan tidur yang lena

8-Merawat jangkitan disaluran air kencing

9-Membunuh parasit dalam badan

10-Vitamin C

11-Melawan radikal2 bebas

12-Merawat ulser mulut. 

13-Merawat demam

Dan banyak lagi manfaat yang boleh diambil dari buah Durian Belanda. Sila google untuk info yang lebih mendalam. 

Sebenarnya tujuan kami mencari Durian Belanda ni sebab nak bagi ayah makan. Baru-baru ni ayah yang kami sayangi disahkan menghidap kanser hati. 

Luluh hati mendengarnya.Namun kami cuba kuatkan semangat demi ayah.Kami sekadar berusaha untuk melawan kanser ni.

Antara usaha kecil yang kami cuba ikhtiarkan untuk ayah selain memberi ayah makan durian belanda, kami juga memberi ayah minum susu kambing dan juga supplement Vivix. 

Alhamdulillah semoga sedikit usaha kecil kami ini diberkati...aamiin.

Buat semua pembaca yang membaca entry ini,saya mohon jasa baik kalian untuk mendoakan kesembuhan buat ayah saya.Terima kasih atas doa kalian.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.

Salam sihat,
Nurul.







Rahsia Afi Semakin Bam Bam


Assalamualaikum.

Saya doakan semua pembaca blog ini mendapat rahmat dan kasih sayang Allah selalu.. Aamiin.

Hari ni saya nak share kebaikan ataupun manfaat yang saya dapat hasil dari penggunaan supplement shaklee  selama ni.

Saya nak share tentang Omega dan kebaikan yang telah dirasakan oleh dua orang hero saya.




Masa awal penggunaan Shaklee dulu,Omega telah berjaya menyelesaikan masalah anak ketiga saya iaitu  Kayyis. Masalah dia ni suka sembelit.Hati ibu mana yang tak terseksa bila melihat saat anaknya bertarung dalam proses melepaskan hajat. Menangis hati ibu tau.. Anda boleh baca tentang sembelit Kayyis dengan klik link dibawah.


Tiada Sembelit Lagi(sila klik)


Dan tahun 2016 ,Omega sekali lagi memberi manfaat buat anak keempat saya iaitu Afi.




Sebelum ni misi pernah tegur berat Afi tak naik banyak, kalau demam terus tak naik2.

Misi bagi vitamin dalam bentuk cecair tapi Afi tolak tak nak minum pun bila dia dah rasa sikit.

Saya beli chewable vitamin c shaklee bagi Afi makan, bukan Afi sorang la keempat2 anak saya suka chewable vitamin c shaklee ni. Cepat pulak abisnya.

Tak sempat nak restock saya bagi Omega tapi semua tak nak. Lupa nak bagitau Kayyis dulu pun tak nak makan Omega tapi saya curi2 picit Omega dalam nasi. Kalau dalam minuman, dia perasan tapi dalam makanan dia tak perasan pula.

Dah besar ni susah la nak curi2 letak Omega.

Saya fikir Afi kecik lagi, saya nak ajar dia makan Omega la. Kalau dah biasa mesti dia boleh.




Kali pertama saya bagi dia, dia kunyah tapi bila omega tu pecah, dia buang terus ke lantai. Esok saya bagi lagi, sama juga. Saya bagi lagi lepas tu dan alhamdulillah penerimaannya semakin baik. Dia tak buang dah malah nak lagi.. huhu.

Bermula dari hari itu saya mula bagi Omega kat Afi.Saya panggil gula-gula sebab Afi main kunyah ja. Saya sendiri tak mampu nak kunyah.. hihi hebat kan Afi.

Kalau anda nak tahu Afi adalah anak keempat saya dan inilah baby shaklee saya sebab saya amalkan supplement shaklee sejak sebelum saya mengandungkan Afi sampai la ke hari ini.




Maknanya, ketika mengandung dan selepas melahirkan memang supplement shaklee je menemani saya.


Set Hamil Shaklee Memang Terbaik (sila klik)


Set Bersalin Dan Menyusu Shaklee(sila klik)

Dan sekarang kesan ketara dari Omega, Afi lalu makan, makan apa saja berselera ja.Bertambah- tambah lagi.

Mula la sorang2 yang jumpa Afi bersuara...

".berisinya Afi... "
" La tembam la Afi la ni.. "
" Ni awat gemok ni, makan kuat eh.. "
"Lalu Afi makan la ni no.. "

Macam2 saudara mara yang mengusik Afi. Kalau dari kacamata saya, tak perasan sangat perubahan.Yela setiap saat Afi bersama saya tapi bila dukung.. Ha baru tau...

Tak larat la mama.

Sampai hari ni saya bagi Afi makan Omega sebab saya nak sistem imun dia lebih kuat,tak mudah dapat sebarang penyakit.. In sha Allah. Saya hanya berusaha untuk anak2 sihat. Selebihnya serahkan pada Allah.


Inilah rahsia Afi semakin bam bam. 


Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat semua anak-anak saya.. Aamiin.

Bagi ibu -ibu yang risau anak tak lalu makan tu boleh la cuba.


Cara Bagi Anak Makan Omega(sila klik)

Sebenarnya supplement untuk anak - anak ada 4 jenis iaitu chewable vitamin c, chewable vitalea, meal shake dan juga Omega.

Anda boleh baca disini tentang vitamin untuk anak-anak.

Sehingga disini dulu,lain kali berkongsi lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga disini.

Sebarang pertanyaan atau ingin order supplement shaklee boleh whatsap saya yer.




Salam sihat,

Nurul
013.4420.637










Pesanan Dari Pakar Sakit Puan Khas Buatmu Wanita.


Assalamualaikum.


Saya doakan buat semua pembaca blog Amnurhuda semoga dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Alhamdulillah hari ni saya rasa penting untuk saya share satu pesanan untuk semua khasnya kaum wanita termasuklah saya sendiri.

Jom sama-sama kita baca dan ambil pengajaran dari pesanan Pakar Sakit Puan,Dr Hamid Arsyad.

Semoga memberi manfaat buat semua.

--------------------------------------------


PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA




1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.


2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)


7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.


23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.


Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom sama-sama kita jaga kesihatan diri dan famili.

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT"

Terima kasih buat Dr Hamid Arsyad atas nasihat yang amat berharga ni.

Terima kasih kepada anda yang sudi baca sampai habis perkongsian ini.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik.

Jika anda rasa perkongsian ini amat bermanfaat, jom sama-sama kita kongsikan kepada wanita yang lain untuk kebaikan bersama.

Sehingga berjumpa lagi,salam sayang buat semua.

Wassalam.








6 Sebab Badan Kita Perlukan Supplement Untuk Kesihatan


Assalamualaikum.

Ramai orang samakan supplement dengan ubat.Jadi kalau tak sakit tak perlu la ambik supplement.

Sebenarnya pandangan ni tidak benar kerana supplement dan  ubat adalah TIDAK SAMA.

Ubat perlu diambil semasa sakit untuk merawat penyakit manakala supplement boleh diambil bila-bila masa terutamanya sebelum sakit untuk mencegah sebarang penyakit.

Pesanan Prof Dr Muhaya berkenaan kesihatan :




Kenapa kita perlu ambik supplement?





6 Sebab Badan Kita Perlukan Supplement



1.Vitamin dari makanan tidak mencukupi.

Dalam sesetengah situasi,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan.

Contohnya,vitamin C dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

2.Buah-buahan & sayur-sayuran kurang berkualiti.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah subur.

Racun perosak,racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.

3.Zat makanan yang mudah hilang.

Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan,penyimpanan dan penyediaan.
Contohnya vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak.

4.Pengambilan ubat-ubatan.

Pengambilan pil penahan sakit,laksatif,ubat-ubatan,alkohol dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan.

Amalan diet yang tinggi kafien,lemak,gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan yang dicadangkan.

5.Makanan yang tidak seimbang.

Makanan seharian yang tidak seimbang serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.




6.Gaya hidup

Gaya hidup masakini dengan kehidupan yang sibuk,jarang memasak dirumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia.

Bagi yang bekerja,makanan tengahari selalunya diluar dan hidangan malam disediakan seringkas mungkin,maka pengambilan makanan seimbang kadangkala tidak dititikberatkan.

Jom...MENCEGAH KAN LEBIH BAIK DARI MERAWAT.

Mulakan hari ini.Jagalah kesihatan yang ada sebelum terlambat.

Alhamdulillah saya dah pun bermula bersama Shaklee.

Anda bila lagi?




Salam sihat,
Nurul
013.4420.637


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution