Social Icons

Mereka boleh! anda pun boleh!!




Assalamualaikum.

Semoga semua pembaca yang sedang membaca blog ini dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni saya nak share dengan anda semua testimoni daripada sebahagian peserta NECK yang sempat saya kutip.

Jom kita tengok. 



Aisyah.

Berusia 37 tahun,ibu kepada 6 orang anak.

Walaupun berpurdah,ini bukan alasan untuknya turut serta dalam program kurus ini.

Lagipun segalanya hanya dirumah kan.

Aisyah telah berjaya turunkan berat badan sebanyak 18kg dalam tempoh 10 minggu.

Tahniah Aisyah.







Azlan

Ada masalah tekanan darah tinggi sebelum join Neck.

Berjaya turunkan berat badan sebanyak 18kg dalam tempoh 100 hari.





Cikgu Ana 

Terpaksa mengambil 5 jenis ubat dari doktor antaranya ubat jantung,ubat cairkan darah dan ubat kolestrol.

Selepas join neck,alhamdulillah kesihatan semakin baik dan ubat sudah dikurangkan oleh doktor,tinggal 1 jenis je.

Berjaya turunkan berat badan sebanyak 13.8kg selepas 114 hari.



Cikgu Jamailia.

Berjaya turunkan berat badan sebanyak 13.5kg dalam tempoh 100 hari.



Cikgu Norfaida.

Berjaya turunkan berat badan sebanyak 13.1kg dalam 100 hari.

Selepas 150 hari,jumlah penurunan adalah sebanyak 20kg.





Ustazah Sharizar, Sarawak.

"Sebelum berkahwin, berat saya hanyalah 43kg sahaja. Namun selepas melahirkan anak, berat saya meningkat dan terus meningkat sehingga 85kg tanpa saya sedar. 

Pada tahun 2014, saya berdiet selama satu tahun dan hanya mampu turunkan sebanyak 8kg sahaja. 

Pada Februari 2015, saya sertai Program NECK dan selepas 100 hari, saya berjaya turunkan sebanyak 15.5kg. Subhanallah. Ia satu jumlah yang besar bagi diri saya." 






Zaimey, KL

"Saya join NECK disebabkan teruja melihat kawan saya Din berjaya turunkan berat badan dari 138kg kepada 116kg dalam NECK. 

Saya daftar dalam NECK Batch 3 dan mengikuti semua tips dan nasihat yang diberikan oleh krew dan coach di dalam Group Telegram tersebut. 

Syukur, saya berjaya turunkan sebanyak 22kg dalam tempoh 100 hari. Kini perut buncit saya sudah semakin mengecil dan lutut saya yang dulu sakit kini sudah tiada. Alhamdulillah."



Watie, KL

"Saya Watie. Saya sertai NECK pada Batch 1. 


Selama 2 bulan saya langsung tak ikuti apa yang disarankan oleh coach dan krew dalam group telegram tersebut. 

Saya join NECK, tapi saya tak yakin NECK boleh bantu saya turunkan berat badan. 

Namun, selepas tempoh 60 hari, saya lihat para peserta NECK yang beri komitmen berjaya turunkan berat badan dengan sangat banyak. 

Saya rasa menyesal dan baru mula mengikuti tips dalam NECK pada hari ke 61. 

Syukur, dalam tempoh 40 hari saya berjaya juga turunkan 10.5kg. Anda di luar sana, harus yakin dan percaya dengan NECK."

Eida, Gombak, KL.

"Saya sertai NECK atas saranan doktor yang meminta saya menurunkan berat badan. 

Saya ada masalah tulang belakang dan ia akan bertambah buruk jika berat saya tidak diturunkan. 

Saya tiada pilihan dan menyertai NECK. Alhamdulillah, dalam tempoh 100 hari, saya berjaya turunkan 13kg dan saya berjaya tukar saiz seluar dari 34 inchi kepada 25 inchi. 

Yang lebih best, saya bersyukur sakit tulang belakang dah semakin hilang sekarang.

Benarlah kata kata coach, kita join NECK bukan untuk kurus, tapi untuk sihat. Sebab bila sihat, terpaksa kurus."




Puteri Masyita, KL

"Syukur Alhamdulillah, kini saya mempunyai keyakinan yang lebih tinggi bila berhadapan dengan orang lain. 


NECK berjaya bantu saya turunkan berat badan dengan sangat mudah. 

Saya boleh makan nasi setiap hari, saya tak perlu pergi ke gym dan semuanya dibuat hanya dari rumah sahaja." 

------------------------------------------

Cukuplah untuk hari ini yer.Lain kali saya share lagi lebih banyak testimoni dari peserta-peserta NECK.

Saya tahu anda ingin jadi seperti mereka.Betul kan?

Usah berfikir panjang-panjang lagi.

Sertai Now Every One Can Kurus hari ini.

Biarkan kami membantu anda untuk capai berat badan yang anda impikan.

Percayalah,Anda mampu lakukannya walaupun hanya dari rumah.


Whatsap/telegram
Nurul
013.4420.637



Kenapa Nabi S.A.W Berniaga?


Assalamualaikum.


Salam kasih sayang buat semua.

Saya doakan anda sentiasa dalam kasih sayang dan rahmat Allah selalu.

Hari ni saya nak share dengan anda satu perkongsian yang saya dapat dari group whatsap.

Kan betul cakap mentor,bila buat bisnes ubah niat dulu.

Jangan niat nak kaya.Tapi niatlah nak selesaikan masalah orang lain,nak tolong orang lain.

In sha Allah anda terpaksa kaya.

Paling penting jagalah hubungan dengan Allah.


-----------------------------------

Kenapa nabi s.a.w berniaga?

Sunnah? Nak kaya?

Nak tahu kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga?

Bukan sebab nak kaya. Tetapi sebab berniaga itu adalah suatu tarbiyyah. Tarbiyyah tentang kehidupan, kemudian mendekatkan diri menuju Tuhan.

Nabi s.a.w berniaga di usianya muda. Di usia 20 an. Dan nyata pada usia itu baginda masih belum dilantik menjadi Rasul. Jadi jelasnya kerja2 dakwah baginda tidak dibuat secara terang.

Orang yg berniaga ini tawakkal mereka sebenarnya lebih tinggi. Sebab mereka tidak tahu bila rezeki dalam berbentuk wang akan dapat. Mereka hanya akan buat kerja dan terus usaha. Dan tawakkal mereka mutlak pada Allah taala sahaja.

Kemudian apa?

Kemudian dalam berniaga mereka akan berjumpa dan melihat pelbagai ragam manusia, mereka akan kenal ramai orang ternama dan biasa. Disini dalam konteks dakwah, nabi s.a.w akan belajar bagaimana untuk melihat ragam manusia dalam usaha dakwahnya sesudah dilantik menjadi rasul.

Kemudian lagi apa?

Ukhwah dan silaturrahim. Mereka akan kenal banyak orang baru dalam hidup mereka. 


Baik islam mahupun bukan Islam. Dan ukhwah akan terjalin, atas asbab perniagaan. Sebab itu dalam berniaga perkara pokok yg perlu dijaga ialah ' good contact ', masyarakat cina sangat menjaga hubungan ' good contact ' mereka. 

Dalam konteks dakwah nabi s.a.w, ' good contact ' digunakan dalam usaha dakwah baginda kelak. Mereka akan melihat keluhuran dan kejujuran baginda. 

Jika produk yg di bawa itu adalah dari buatan manusia pun sudah dijual dgn jujur, pastilah produk dari langit juga akan disampaikan dgn jujur. 

Apa produk itu? Iman dan Islam.

Kemudian pula apa lagi?

Berniaga akan bawa diri kita merentas pelbagai medan seantero dunia. 

Dengan berniaga kita akan melihat kepelbagaian budaya, dan akan terhasil idea untuk mnghasilkan produk yg terbaik.

Contohnya goreng pisang cheese. Produk itu sudah lama wujud di Indonesia, kemudian dicipta dan dijual di Malaysia.

Dan dalam konteks dakwah nabi s.a.w, baginda kerap berdagang kesana kemari, dan melihat kepelbagaian ragam manusia. 

Sewaktu muda, baginda menimba pengalaman bercampur pelbagai golongan manusia. Baginda tidak menilai manusia dari luaran. Sebab itulah dakwah baginda sampai ke setiap lapisan masyarakat. Tua dan muda, miskin dan kaya, hamba dan raja, lelaki dan wanita.

Perniagaan adalah satu tarbiyyah terbaik. Terbaik untuk mendidik jiwa anda dan belajar matlamat asala kehidupan. Perasaan tawakkal dan syukur paling banyak dalam jiwa orang yg berniaga.

Ramai antara kita membaca kisah sesudah nabi s.a.w menjadi rasul iaitu diusia baginda 40 tahun. Namun ramai yg tidak tahu apa yg baginda buat sewaktu usia muda.

Ketahuilah, baginda bukan duduk bersahaja. Baginda ditarbiyyah pelbagai cara. Salah satunya jalan perniagaan. Baginda bercampur dengan pelbagai jenis manusia untuk belajar mengenali umatnya. Baginda merantau untuk mendekati kepelbagaian manusia.

Oleh itu, sunnah dalam perniagaan bukanlah mesti kaya. Kerana sunnah dalam perniagaan adalah tarbiyyah diri untuk menjadi hamba. Itulah cara Tuhan mengajar manusia.

Tingkatkan dalam hati rasa syukur dan tawakkal.

Sekiranya berniaga untuk kaya, maka tak perlu berniaga. Kerana berniga nak kaya itu adalah kesilapan pertama.

Tetapi sekiranya berniaga untuk mencari nafkah dan berbakti memberi manfaat pada umat manusia, itulah matlamat asal perniagaan dalam agama.

Lupakah kalian pada sabda baginda, bahawa sebaik baik umat nabi saw adalah yg memberi manfaat pada mukmin yg lain?

Sebenarnya konsep berniaga adalah memberi manfaat. Dan bukan nak kaya.

Berapa usia kita?

Contohi nabi s.a.w di usia kita.

Barulah ianya dipanggil mengikut sunnah.

Nak sayang nabi s.a.w? Kena tiru nabi s.a.w.

Sebab itu berniaga kena pegang 2 benda. Jangan malu dan jangan putus asa. Sebab dakwah juga tidak boleh malu dan putus asa. Barulah ia sunnah.

Sunnah itu bukan saja pada jubah, makanan atau pakaian.

Tetapi sunnah pada perlaksanaan.

------------------------------------
Sehingga berjumpa lagi

Wassalam.


Testimoni Pesakit PCOS Turunkan Berat Badan


Assalamualaikum.


Alhamdulillah masih diberikan kesihatan  yang baik untuk teruskan perkongsian di sini.

Hari ni saya nak share testimoni seorang peserta program Neck yang merupakan seorang pesakit PCOS.

Nak tahu apa tu PCOS,anda boleh google je ok.

Jom kita hayati kisahnya..

=============================================

Kisah Elyani-Pesakit PCOS join NECK




Assalamualaikum.


Saya Elyani dari Nilai, Negeri Sembilan. Berumur 34 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak.

Saya berjumpa dengan NECK melalui sahabat online saya kenal dah lama dari tahun 2005 lagi iaitu Shiemz. 


Dia dah ajak lama dah join NECK nih dari bulan April 2015 tak silap... tapi saya cakap ngan dia nanti dulu sebab mmg tak leh fokus nak diet lagi sebab sibuk menjahit. 

Masa tuh tempahan raya dah banyak jadi stay up satu malam, tidow tak teratur, late night snacking dan PCOS antara punca berat makin naik. 

Orang bulan puasa turun 5kg..saya makin naik 5kg plak.. sabor je lah. At the same time, saya dah penat sebenarnye nak diet2 nih. So saya nak usha dulu Shiemz nih.. hahahaha...

Sekali ape nak kater... jeles sungguh tengok biler dia dari bam bam 80kg++ boleh turun ke 60Kg je... owhhh tidak!! Terus angau sat.


Tak pikir panjang dah, tekad terus sign up NECK Batch 7. Dengan berat permulaan 86kg.

Perjalanan NECK saya rasanye tak macam orang lain. Sebab saya jenis kene stay up malam untuk saya dapat settle kerja menjahit. 

So dalam 2 bulan pertama, habis tempahan baju customer saya peram. Semata mata nak tidow cukup 8 jam waktu malam.

 Huhuhu mujur lah semua pelanggan saya memahami. Dua minggu pertama saya, berat tak turun banyak, 1.5kg je. 

Susah sgt rasa, dengan rasa tak cukup gula, hormon saya tgh bercelaru nak stabil balik, saya pernah kene insulin spike yang menggigil berpeluh rasa nak telan 3 mangkuk MILO je masa tuh. 

Rupanya saya kene lebih berhati hati dalam pemilihan makanan saya terutama sekali karbohidrat.

So Dalam NECK saya belajar mula aware jenis2 karbohidrat baik dan jahat, apa yang akan buat saya craving nak makan dan makan lagi, apa makanan yang bantu saya lebih cergas dan tidak mengantuk.

Dengan bantuan workout task yang Coach bagi setiap minggu yang saya berjaya habiskan hampir setiap hari, siap PM coach minta hadiah extra kalau balik kg.. lom campor hadiah hutang bayar ngan bunga..jangan memain haaa... ngan coach kalau hutang kene bayor double siap interest..

Dengan bantuan supplemen dari Shaklee, saya amik tambahan supplemn GLA, Vit E dan Vit C SR dan pemakanan yang lebih PCOS friendly, Alhamdulillah saya berjaya turunkan sebanyak 11kg dalam masa 100hari dengan total inchloss sebanyak 17 inch. 

Saya rasa lebih sihat, lebih aktif, lebih kuat, dan lebih ceria. Self confidence pon makin tinggi dan suami pon makin sayang.

 Takde lagi dah orang nak datang raba perut tanya pregnant ke? 

Sebaliknya yang datang bisik tanyer nak tahu RAHSIA.. hehehe... Alhamdulillah kitaran haid saya dah kembali normal dan on time tetiap bulan dan hampir semua simptom PCOS saya dah berjaya kurangkan.

Perjalanan saya dalam NECK masih jauh. Saya tekad nak turunkan sehingga 60kg menjelang raya tahun ini. 

Doakan saya istiqomah dan berjaya mencapai impian saya itu dan semoga kita semua sama2 sihat dan kurus.

Progress neck saya.

Berat asal : 86kg (1/8/2015)
Ketinggian : 160cm
Minggu ke- 2 : 84.5kg (-1.5kg)
Minggu ke- 4 : 81.1kg (-3.4kg)
Minggu ke - 6: 80.8kg (-0.3kg)
Minggu ke - 8: 80.0kg (-0.7kg)
Minggu ke - 10: 78.6kg (-1.4kg)
Minggu ke - 12: 76.9kg (-1.7kg)
Minggu ke - 14: 76.0kg (-0.9kg)
Minggu ke - 16: 75.7kg (-0.3kg)
Minggu ke - 18: 74.9kg (-0.8kg)
Minggu ke - 20: 75.8kg (+0.9kg)😅
Minggu ke - 22: 75.5kg (-0.3kg)

Jumlah penurunan: 11kg
Target penurunan dalam 200 hari : 20kg

Elyani berjaya turunkan berat badan 11kg dalam tempoh 100 hari.


Saiz baju dari xxl (48) ke m (42). Saiz kasut dari 8 turun ke 5. ☺☺ macam tak caya jap..

kasut dari saiz 8 bertukar saiz 5.


=============================================

Ok macam tu lah citernyer kisah Elyani dari batch 7 program Now Every One Can Kurus (NECK).

Amacam?Best ke best?

Anda nak kurus macam Elyani? 

Semua orang boleh kurus asalkan ada keinginan yang kuat dan hati yang kental.

Whatsap/telegram 013.4420.637.

Saya sedia membantu anda.

Salam kurus dan sihat dari saya buat semua.

Jumpa lagi.

Wassalam.


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap




5 Tips turunkan Berat Badan Buat Ibu Menyusu


Assalamu'alaikum.

Semoga segala urusan anda berjalan dengan lancar dan dipermudahkanNya.

Saya doakan kehidupan anda sentiasa diberkati dan dilimpahi rahmat Allah...aamiin.


5 tips turunkan berat badan buat ibu yang menyusu:





1.Minum air kosong yang cukup

Sebagai seorang ibu yang menyusukan anak,pada masa yang sama nak turunkan berat badan.

Anda wajib minum 3 liter air kosong untuk pastikan susu yang optimum.

2.Makan 5 kali sehari.

Pastikan anda tak lapar ok.

Anda boleh ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit  tetapi kerap (5 kali sehari)

3.Belajar kira kalori.

Kalau anda berjaya kira kalori,in sha Allah anda lebih mudah merancang penurunan berat badan anda.

Penting tau! so..anda harus belajar kira kalori.

4.Bersenam

Nak kurus anda wajib bersenam.

Cari senaman yang anda buat sedikit tapi anda dapat kesan yang banyak.

Jadi,lepas ni cari ilmu bab senaman.

5.Join program Neck.

Neck adalah satu program online coaching and monitoring selama 60 hari untuk anda turunkan berat badan dengan lebih mudah dan berkesan.

Nak tahu info Neck sila whatsap/telegram 013.4420.637.

Ok semoga sedikit tips ini dapat membantu anda untuk turunkan berat badan.

Jumpa lagi.

Wassalam.


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap



Peserta NECK berjaya turunkan berat badan walaupun masih menyusu.



Assalamualaikum.

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Ada orang cakap,kalau menyusukan anak susah la nak berdiet.

Nanti lapar,susu yang dihasilkan untuk anak tak cukup pula.

Sebenarnya boleh jer asalkan ada ilmu.

Segalanya jadi lebih mudah.

Jom kita tonton video kat bawah ni.

Perkongsian dari peserta Neck batch 1 yang telah berjaya menurunkan berat badan walaupun masih menyusukan baby.

Sharing dari Shiemz.



Buat ibu menyusu kat luar sana yang ingin turunkan berat badan macam Shiemz,Kalau shiemz boleh anda pun boleh juga!

Apa yang penting mulakan tindakan anda sekarang juga.

Jika anda serius nak turunkan berat badan,program Neck adalah satu program yang terbaik buat anda sebab anda boleh kurus hanya dari rumah.

Dalam Neck,anda wajib makan lima kali sehari dan antara hidangan yang wajib anda ambil ialah nasi.

In sha Allah anda takkan lapar.

Sekiranya anda berminat nak join Neck,anda boleh whatsap/telegram 013.4420.637.

Saya akan bantu anda untuk capai impian anda untuk kurus.

Nak ke nak?

Ok semoga apa yang dikongsikan Shiemz kat atas tu sedikit sebanyak menguatkan semangat anda untuk turunkan berat badan.

Yakinlah Now Every One Can Kurus.

#JomKurusSihat
#JomKurusDariRumah

Nurul
013.4420.637


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap





KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN KOPI


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sayang buat semua pembaca blog ini.

Saya doakan anda sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.

Semoga anda berjaya dunia dan akhirat.

Hari ini saya nak ajak anda semua menghayati kisah yang saya kongsikan ini.

Semoga kita sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

KEHIDUPAN INI IBARAT SECAWAN KOPI

Sekumpulan bekas pelajar yang sudah berjaya di dalam kerjaya masing-masing telah berkumpul untuk melawat pensyarah universiti yang pernah mengajar mereka. Mereka berasa gembira kerana dapat bersua sesama mereka setelah lama tidak berjumpa, apatah lagi dapat menemui pensyarah universiti yang selama ini telah banyak membantu mereka ketika menuntut ilmu di universiti yang menatijahkan kerjaya yang baik buat mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan minuman kopi untuk tetamu-tetamunya.

Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi minuman kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan yang diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada cawan yang kelihatan ringkas sahaja. Ada yang nampak murah. Dan ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan minuman kopi itu dan menuangkan sendiri ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk, warna dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah minuman kopi itu. Bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan. KEHIDUPAN adalah ibarat kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah ibarat cawan. Yang mana ia hanyalah bekas kepada KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati MINUMAN KOPI itu. Jadi, nikmatilah dan tumpukanlah kepada KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah… dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna. Jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan.”

Mudah-mudahan kalian dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh tulisan di atas. Tulisan di atas telah saya terjemah dan sunting dari video bertajuk ‘Life Is Like A Cup Of Coffee’. Semoga bermanfaat.

Jom join telegram @ustazazharidrus atau bitly.com/ustazAzharIdrus
___________________
*Sumber: https://muzir.wordpress.com/…/kehidupan-ini-ibarat-secawan…/




Sehingga berjumpa lagi.


Wassalam.


Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution