Social Icons

Selepas 11 Tahun Berlalu...Welcome Mek!


Assalamualaikum.

Salam sejahtera dan salam sayang buat semua.

Ya Allah dah bersawang blog ni..hehe

Dah lama tak update,rindu rasanya.

Apapun saya doakan sesiapa sahaja yang sudi singgah di blog saya ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni Saya cuma nak cerita tentang ibu mertua dan ayah mertua tiri saya yang datang menziarahi kami di Kedah.



Ayah sedang melayan besan yan bukan senang nak jumpa selalu


Selamat Datang Ke Kedah

Alhamdulillah di hari berbahagia ayah saya kali ke3 ini,mek(panggilan untuk ibu mertua saya) berpeluang meraikan bersama-sama kami setelah 11 tahun meninggalkan Kedah.

Kali terakhir mek datang Kedah adalah pada hari perkahwinan kami 11 tahun yang lalu.

Waktu tu mek datang bersama arwah ayah mertua dan juga adik beradik yang lain.

Kali ni mek datang bersama ayah mertua tiri sahaja.

Mereka datang naik bas awal sehari sebelum kenduri ayah saya.

Tapi sayangnya mek dan ayah tak dapat lama di Kedah.

Cuma 2 hari 1 malam jer.

Tak pe la,janji diorang dapat datang juga kan.

Jom Jalan-Jalan

Untuk tidak membuang masa saya dan suami ambil kesempatan ini untuk bawa mek dan ayah jalan-jalan sekadar yang sempat aje la.

Mereka sampai pagi Jumaat (30/10/15).

Petang tu kami keluar meronda ke Tanjung Dawai.

Jom layan gambar-gambar yang sempat kami snap.


JOm!Mai Tanjung Dawai




Mek dan ayah di hadapan jeti Tanjong Dawai

Kalau anda nak tahu,di Tanjung Dawai anda boleh pergi ke Pantai Merdeka hanya beberapa minit je melalui jalan laut.

Anda boleh naik bot di Jeti ini la.

Tapi hari ni  kami tak berkesempatan nak naik bot ni,masa cukup terhad..hehe

Jadi,pandang dari jauh je la..huhu

Inilah bot yang bakal membawa sapa2 yang nak pergi Pantai Merdeka

Pandangan dari atas Jeti Tanjung Dawai



Selfie atas Jeti

Nampak tak Pantai Merdeka kat belakang tu?Dekat je

Jom! mai Tanjung Dawai

Jap yer..nak selfie sikit 
Dah lepak-lepak kat Jeti Tanjung Dawai sambil mengunyah kacang kuda rebus,alamak dahaga la plak.

Jom minum pulak.

Opp sebelum tu kita naik atas arked dulu.

Nanti turun kita minum kat kedai bawah ni.

Jom mek kita panjat tangga.Ayah tak nak naik tak larat katanya.



Ini pandangan dari atas arked

Mek duk pilih ikan kering dah nak bawa balik Kelate

Saja je usha-usha




Dah selesai shopping kami turun cari ayah dan apalagi masa untuk minummm.

Saya nak cari ABC,tak sangka mek dan ayah pun suka ABC.Jadi order ABC semua la kecuali abang Kayyis ni.

Minuman tetap dia milo ais.

Maka kami pun berehat sekejap bersama ABC di tepian laut Tanjung Dawai.

Lupa plak nak snap gambar ABC.Tak pe la nanti terliur plak kan..hee


Deretan Kedai di tepi Jeti.

Afi suka je tengok laut sambil minum..burung pun banyak


Aii temenung jauh mek..hehe


Ayah merenung laut

Masjid Terapung Tanjung Dawai

Hmm...selesai minum, Asar pun dah masuk waktu ni,kita solat la dulu.


Kami singgah solat di masjid terapung Tanjung Dawai.


Sempat lagi tu selfie kat depan masjid
Keluar dari masjid,hujan mula turun.

Hujan semakin lebat.Destinasi seterusnya nak bawa mek dan ayah pusing-pusing kat Pantai Murni pulak dan juga Air Terjun Titi Hayun.

Antara Laut & Air Terjun

Kalau anda nak tahu,Pantai Murni dan Air Terjun Titi Hayun ni terletak dalam jarak yang dekat jer.

Seberang jalan jer.Kalau anda datang dari Pekan Yan anda akan jumpa satu simpang kiri ke Titi Hayun dan satu simpang kanan ke Pantai Murni.

Amacam best kan? tapi kat Pantai Murni tak boleh mandi la.

Sekadar bawa anak-anak main di taman dan lepak2,minum2 sambil menikmati indahnya pemandangan laut.

Di sini juga kelihatan beberapa pulau seperti Pulau Bunting,Pulau Telur,Pulau Bidan dan pulau2 lain.

Dalam perjalanan ,kami singgah di tepi jalan sebab mek nak beli cuka nipah dan juga air nira.

Kalau nak ikutkan kat kampung saya memang glamour air nira nipah ni termasuk la tempat paling glamour 'Taman Nira Nipah' tu.

Sapa pernah pergi?

Saya sendiri belum pergi..hihi tapi saya kenal la tuan punya taman tu.

Nak bawa mek pergi pun kesuntukan masa.Lain kali mek datang lagi yer,banyak tempat lagi ni kalau nak jalan-jalan.

Dah sampai Pantai Murni ada penutupan separuh jalan di tepi pantai.

Ada projek baru agaknya.Hujan lebat,jadi pusing je la.

Masuk jalan ke Titi Hayun pulak.Bukan apa walaupun tak keluar kereta kami puas hati sebab dapat bawa mek dan ayah pergi melawat kawasan2 ni.

Disebabkan hujan lebat air di Titi Hayun nampak begitu laju berbanding biasa.

Air pun nampak keruh je.Keadaan yang kurang selamat andai anda nak mandi waktu ni.

Maaf la yer tak de gambar yang diambil kat sini.Hujan belum berhenti lagi.

Air Terjun Seri Perigi

Kami keluar ke jalan besar.Ada satu lagi tempat nak bawa mek dan ayah.

Terakhir la ni.Lagipun dah petang ni.

Jom kita pergi Seri Perigi pula.Yang ni pun masih di kawasan yang tidak jauh dari Titi Hayun.

Kat sini pun kami tak turun sebab hujan.Suami je turun sorang2 nak tengok air terjun...hihi
Masa ni hujan dah mula renyai-renyai.




Air Terjun Seri Perigi,cantik ke terlajak cantik?

Cukuplah Sampai Disini Dulu


Ok mek pun dah bersuara jom la balik nak malam dah ni.

Itu aje la tempat yang sempat kami bawa mek dan ayah lawati.

Esok kenduri tak boleh la nak bawa jalan-jalan.Malam pula mek dan ayah dah naik bas balik Kelate.

Ok mek kita balik.Esok kenduri ayah saya.

Khemah pun dah siap pasang.

Nanti saya cerita tentang kenduri plak yer.."Alahai ayahku kahwin lagiii.."

Ada ke yang nak baca ni?





Aduhaiii Ayahku Kahwin Lagiii Part 2


Assalamualaikum.

Salam sejahtera buat semua.

Semoga anda semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Ok saya nak sambung cerita kenduri kahwin ayah saya.

Sehari Sebelum Kenduri(30/10/2015)

Pagi ni kami sibuk menyediakan bahan untuk kacau bubur Asyura.

Kami buat gotong royong adik beradik jer.Sedapnyer bubur asyura.

Orang kedah sebut 'bubuq soqa'hehe

Saya suka makan panas2..tapi saya tak suka makan pisang,yang ni saya letak tepi.

Minta maap la no..




Kalau dulu pakai dapur kayu,sekarang semuanya pakai gas je.Takde sampai berair mata kan.







Ini kakak2 saya yang kacau

Cerita pagi kenduri(31/10/2015)

Pagi ni walaupun ayah tempah masakan catering,kami tetap buat masakan tambahan.

Kami tambah tiga menu lagi iaitu kari ayam,kurma kambing dan acar buah.

Kambing ni adik yang beli sebab dia nak tumpang buat akikah untuk anaknya.

Jom layan gambar-gambar sekitar majlis.

Kambing akikah

Sibuk menyediakan bahan untuk mula memasak

Salah sorang chef yang sibuk memasak 


Antara menu yang disediakan

Pengantin sibuk melayan tetamu..hehe
Time kenduri macam ni la nak jumpa adik beradik,sepupu sepapat kan.

Sambil makan sambil menyambung silaturrahim.

Yang tudung merah tu bekas guru B.I saya masa sek.men dulu


Kak ipar bersama mak baru :)


Suasana kenduri






Dijemput khas bagi memeriahkan suasana

Bersama Maklong Bun

Sibuk..sibuk..hehe



Kakak Ipar dan anak saudara sulong



Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga selepas ini kehidupan ayah bertambah ceria dengan adanya teman untuk ke mana saja.

Kami sebagai anak2 ayah sentiasa mahukan yang terbaik buat satu2nya ayah yang ada.

Semoga ayah bahagia dunia dan akhirat.

Sekian.


Aduhaiii Ayahku Kahwin Lagiii Part 1



Assalamualaikum.

Saya doakan anda yang sudi menziarahi blog Amnurhuda ini sentiasa dalam rahmat Allah selalu.

Alhamdulillah ayahku kawin lagi..hehe

24/10/2015 kali ke 3 ayah selamat diijabkabulkan.

Saya abadikan disini kenangan sekitar perkahwinan ayah yang berlangsung di umah mak tiri di Kulim.

Saya doakan semoga kebahagian ini berkekalan hingga akhirnya..aamiin.

Jom layan jer..


Selamat Berbahgia ayah & Mak

Tahniah ayah dan mak

Bersama anak menantu dan cucu

Ramai anak cucu Hj Ramli,ni belum abih lagi ni

Ayah dah bersedia ke?

Saya juga yang tak de nyer..huhu

Semoga bahagia ke akhir hayat


Bersedia untuk diakad nikah

 Memang Meriah






Ayah bersama cucu




cucu dan cicit ayah 


Rombongan kami 11 biji kereta yang terdiri daripada anak,menantu,cucu dan cicit serta anak tiri ayah dari arwah mak sebelum ini.

Memang meriah bila adik beradik ramai ni.

Macam best je tengok ayah kawin..hihi.

Apa yang penting ayah sekarang dah ada teman hidup dan kami semua sentiasa mendoakan kebahagiaan ayah.

Tahniah ayah dan mak baru.

31/10/2015 akan berlangsung kenduri sambut mak baru kat rumah ayah pulak.

Tunggu 'Aduhaii Ayahku Kahwin Lagi Part 2' pula yer. 




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution