Social Icons

KEHIDUPAN LEBIH SIHAT SEJAK JOIN PROGRAM NOW EVERY ONE CAN KURUS(NECK)


Assalamu'alaikum

Salam sayang buat semua.

Semoga anda semua dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni saya nak share sebahagian dari feedback peserta NECK tentang kesihatan mereka sejak menyertai program ini.

Sebenarnya niat asal mereka nak join NECK ni hanyalah untuk kurus,tapi apa yang mereka dapat syukur alhamdulillah kehidupan mereka berubah kearah gaya hidup yang lebih sihat.

Maka terpaksalah mereka kurus dan sihat.


Feedback peserta Neck 1



15/4 Genap 2 minggu saya join NECK.

Penurunan berat badan sebanyak 3.2kg dalam 2 minggu buat diri ini memang saya tak percaya.

Dulu sebelum join NECK, di kepala hanya fikir nak kurus. 

Tapi selepas join NECK ni Ara tahu matlamat utama NECK ni ditubuhkan.

Matlamat utama untuk SIHAT disamping terpaksa KURUS.

Di sini Ara dapat banyak ilmu yang buat perubahan pada diri Ara. 

Perubahan pertama yang Ara rasa ketika Ara solat. 

Dulu time solat mesti nak tahiyat akhir cepat abis. Sebab kaki terasa sakit.
 
Tapi sekarang semua to hilang selepas Ara fokus dalam NECK.

Selain itu, di sini Ara diajar cara makan dengan betol seperti makan 5 kali sehari dan pengambilan kalori.

Sehingga sekarang gastrik pon Ara tak rasa selama join NECK. 

Bukan hanya Ara diajar untuk kawal pemakanan. Tapi Ara juga diajar cara senaman yang betul. 

Ara belum puas dengan keputusan ni sebab Ara masih ada 85 hari untuk mencapai matlamat.

Dengan keputusan penurunan berat badan pada hari ini membuatkan Ara lebih yakin untuk hidup lebih sihat.


Feedback peserta Neck2



Baru beberapa minggu join NECK. Dah ada improvement dalam kesihatan tubuh badan.

Sebelum ini selalu rasa kebas dan sakit bila bangun, tetapi selepas menyertai NECK dah hilang rasa kebas dan sakit.

Syukur Ya Allah..


Jom... Amalkan gaya hidup yang betul.


Feedback peserta Neck3




"Terima kasih... Dan Alhamdulillah sebb dipertemukan dan dijodohkan dengan NECK.

Last 2 month saya menderita sakit akibat slip dics. 

Alhamdulillah dengan ilmu, bantuan tunjukkan ajar, dari coach saya rasa lebih sihat sekrang. 

Alhamdulillah sangat, Kalau tidak.. sakit dibahagian tulang belakang bawak terus ke seluruhan kaki. 

Kesakitan tu amat sangat ketara terutama waktu bangun pagi, semua kerja jadi terbatas. Kerja di pejabat dan juga kerja2 rumah. Paling lama saya boleh duduk hanya 2 jam. Itu maksimun. Dan saya perlu baring untuk redakan kesakitan.

Tapiii....... 

Dengan dipertemukan dngan program ini saya rasa sangat berlainan dengan izin Allah.

Walaupun agak terlewat sedikit menyertainya, walaupun baru seminggu.. tapi saya sudah dapat rasakan perubahannya... 

Sangat2 teruja dan bersyukur. Semangat tu makin berkobar untuk jadi lebih sihat.

Sbb dengan SIHAT kita boleh nikmati hidup ni dengan selesa dan happy bersama orang2 tersayang 
 
Alhamdulillah dan terima kasih..."



 Feedback peserta Neck 4





Dulu akak ni suka ajak suaminya makan di luar...

Sanggup tunggu sampai lewat malam sebab nak makan di luar...

Sebab itu lah punca dirinya menjadi bam bam...
Selalu makan yang tidak sihat dan makan malam terlalu lewat..


Cakap dengan kawan sebelah...kesian..

Itu dulu... Sebelum join NECK...

Sekarang tidak lagi... Jadual makan nya sudah berubah.. lifestyle nya juga semakin berubah...

Sejak disiplin waktu makan yang di ajar di NECK, beliau kembali ceria...

Bangun pagi sentiasa segar. Perut pun tak la rasa lapar walaupun tidak ambil makanan berat pada waktu malam.

Disiplin untuk workout pun semakin mudah..

Suami lebih mudah beri bantuan menjaga anak2 sepanjang beliau workout di rumah.

Malah setiap hari suami yang mendorong dan memberi semangat untuk teruskan workout maintain 30minit setiap hari...

Pastinya beliau gembira walaupun baru 2 minggu beratnya sudah berjaya turun 3kg.

Amacam??

Best ke best

Mudahnya mahu kurus..jika anda tahu caranya..

Syukur ya Allah...

Kau beri peluang kepada kami untuk bantu mereka di luar sana menambah baik tahap kesihatan mereka.

Saya doakan anda sihat dan kurus.

Team NECK
Now Every One Can Kurus
~Jom kurus dari rumah~
Nurul
013-4420637


Berani Bermimpi!!


Assalamu'alaikum

Salam kasih sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Semoga kehidupan anda dimurahkan rezeki dan diberkati Allah.

Hari ni saya nak bagi motivasi sikit...hehe.

Sebenarnya motivasi ini saya tujukan khas buat diri saya sendiri,Tapi saya nak share disini sebab mana tau kan kut-kut ada yang termotivasi sama.

ok la tu kan.Sama-sama bermotivasi.

Saya nak cakap pasai mimpi sebab rasanya semua orang pernah bermimpi tambah-tambah tidur tak basuh kaki..kih kih (ala gurau pun tak boleh).

Tapi mimipi yang saya maksudkan bukan sekadar mimpi kosong tapi mimpi yang penuh bermakna.

Mimpi menggapai impian.




Berani Bermimpi

Orang yang gagal,selalunya tiada impian kerana mereka banyak alasan.

Mereka selesa dengan apa yang mereka sedia ada.

Selesalah sangat kan...

Mereka takut bermimpi kerana bagi mereka semua tu ibarat angan-angan mat jenin.

Mereka mengaku kalah sebelum bertarung.

Rugi sangat kan..

Orang berjaya mereka berbeza.

Mereka berani bermimpi dan mereka berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya.

Mereka hebat kerana mereka percaya sebelum berjaya!!

Anda pula yang mana satu??Semoga anda semua berani bermimpi dan berani menjadikan satu realiti.


Saya doakan kita sama-sama menjadi orang yang berjaya dunia dan akhirat.



Saya doakan anda kaya dan berjaya.

Jom bermimpi
#mimpiitupercumasaja.
 



Cara Penyimpanan Makanan Mentah Yang Wajib Anda Ambik Tahu!!


Assalamu'alaikum

Saya doakan anda semua yang sedang membaca blog ini dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Semoga anda bahagia dan membahahagiakan.

Boleh dikatakan di setiap rumah mempunyai peti sejuk untuk kegunaan harian termasuk menyimpan makanan mentah.

Tapi adakah kita tahu cara penyimpanan makanan mentah dengan cara yang betul?

Sebab bila cara kita salah,maka kemungkinan akan berlaku keracunan makanan.

Jom sama-sama kita tonton video ni untuk belajar cara yang sepatutnya bila kita menyimpan makanan mentah ataupun yang telah dimasak kedalam peti sejuk.

video

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat kepada kita bersama.

Wassalam.


Bila Paderi Buka Rahsia-Kisah Debat Antara Paderi Dan Pemuda Islam


Assalamu'alaikum.

Saya doakan anda semua yang membaca blog Amnurhuda dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan anda dunia dan akhirat.

Hari ini saya nak share dengan anda satu kisah antara seorang pemuda islam dan seorang paderi.

Sama-sama kita hayati kisah ini.



Pemuda islam dan paderi 


Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika.

Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang juru dakwah Islam. 

Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam.

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut.

Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.

Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini."

Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya." Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang Muslim?"

Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu."

Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda Muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."

Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"

Sang paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada delapannya, delapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya."

"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga?

Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"

"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"

"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah.

Setelah membaca Basmalah dia berkata,

1. -Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t..

2. -Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)."
(Al-Isra': 12).

3. -Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.

4. -Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.

5. -Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.

6. -Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.

7. -Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang."
(Al-Mulk: 3).

8. -lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w.t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).

9. -Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang.*

10.-Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160).

11. -Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf .

12. -Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).

13. -Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.

14. -Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18).

15. -Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.

16. -Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)

17. -Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19).

18. -Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim.

19. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69).

20. -Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).

21. -Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t.? "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).

22. -Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.

`Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi.

Namun dia mengurungkan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?" mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.

Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kalian marah."

Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "

Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa.

-------------------------------------------

Semoga cerita diatas menguatkan lagi keimanan kita dan menjadikan kita umat islam yang lebih berkualiti.

Semoga kita sama-sama perbaiki kelemahan diri.

Semoga bermanfaat untuk kita bersama.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.






ELAKKAN PENGAMBILAN GARAM MELEBIHI 1 SUDU TEH SEHARI


Assalamu'alaikum

Salam sejahtera dan salam kasihsayang saya hulurkan buat semua yang sedang melayari blog Amnurhuda.

Saya doakan anda sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Hari ni saya nak sentuh sedikit tentang sesuatu yang wajib  ada kat setiap dapur di rumah.




Garam.Ada ke dapur sesapa yang langsung tak simpan garam??

Rasanya setiap kali memasak pastinya wajib letak garam walaupun secubit.

Agak-agak satu hari berapa banyak garam yang kita telan tanpa kita sedari.

Rasanya kalau tak letak garam tak sah kan...hehe


Alahai macam makanan orang sakit la pulak,kurang garam...

Mana sedap kan.




Buatlah Pilihan bijak


Hmm sedap tak sedap anda ada dua pilihan.
Nak sakit ke nak sihat?

Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi.

Ha amacam?anda boleh makan garam berlebihan tapi risikonya anda terpaksa lalui sendiri.

Mana lebih bagus,mencegah atau merawat?

Kalau anda sayangkan diri anda dan anda tak nak sakit kurangkanlah garam dalam makanan anda.


Kempen kurangkan garam dalam makanan


 

Kita perlu kurangkan garam dalam masakan sebab kita sebenarnya mengambil banyak garam yang tersembunyi.

Biarlah makanan anda kurang sedap, yang penting anda sihat.

Sebab bila anda dah sakit,tiada ertinya sedap lagi.


Betul ke betul?

Tepuk dada tanya selera sendiri.
 

Saya doakan anda kurus dan sihat.

 


Team neck
Now every one can kurus
~jom kurus dari rumah~






SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap



Nak Kurus Wajib Makan Nasi!!


Assalamu'alaikum

Semoga semua pengunjung dan pembaca blog Amnurhuda dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah selalu.

Adakah anda tergolong dalam golongan obesiti?dan anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan...betul??

Adakah anda selalu mengelak daripada menjamah nasi?

Iyer??


Sapa kata nak kurus tak boleh makan nasi?

Selalu macam tu la,bila diajak makan nasi bagi alasan 'tak nak la,diet'..

Betul ke kalau tak makan nasi boleh kurus,kalau ye pun sampai bila?

Nanti dah kurus takkan tak makan nasi juga kut...ye la kang makan gemuk pulak...ishhh pantang sakan la macam ni.

Cuba tengok gambar ni,ni semua gambar yang di update oleh peserta NECK batch ke 3.



Diorang ni baru 6 hari join NECK.

Alhamdulillah mereka makan macam biasa,nasi tetap makan.

Cuma bezanya bersama NECK,mereka makan secara berilmu.

Mereka belajar cara mengira kalori dan mereka tahu berapa banyak kalori yang mereka perlukan.

Jadi mereka tak de masalah nak makan nasi.

Anda patut tahu sebenarnya bukan nasi penyebab anda gemuk.

Percayalah..Nak kurus lebih mudah kalau kita tahu caranya.

Caranya carilah ilmu,carilah mentor yang boleh ajar anda nak kurus dengan cara yang betul.

Saya doakan agar anda berjaya menurunkan berat badan anda.

Semoga anda kurus dan sihat.


Team NECK-Now every one can kurus
~jom kurus dari rumah~


SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA


http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap


NAK KURUS-BIARLAH KURUS DENGAN CARA YANG BETUL


Assalamu'alaikum

Semoga semua pengunjung dan pembaca blog Amnurhuda dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah selalu.

Adakah anda ingin turunkan berat badan?kalau ya saya ada sedikit nasihat buat anda.


Nak kurus-biarlah kurus dengan cara yang betul


Ramai orang nak kurus.Ramai orang nak turunkan berat badan.

Tapi masalahnya,ramai orang tak ada ilmu bagaimana untuk kurus.

Inilah yang berlaku dalam gambar di bawah.


Kesian kan ...


Sanggup ke anda buat macam ni untuk kurus??

Macam kambing golek kena bakar jer..hihi

Ini cari penyakit namanya.

Saya nasihatkan jika anda nak kurus carilah ilmu,carilah mentor.

Barulah anda dapat belajar bagaimana nak kurus dengan cara yang betul.



Kurus bersama NECK


Sebab itulah ramai dikalangan peserta Now every one can kurus (Neck) dapat turunkan berat badan mereka dengan pantas.

Sebabnya mereka ada ilmu,mereka ada mentor.

Jadi,mereka tak de la berdiet main hentam je dan yang bestnyer mereka buat secara berjamaah.

Semangat mereka untuk kurus sentiasa membakar-bakar.

Maka terpaksalah mereka kurus dengan jayanya.

Tak payah susah-susah nak bakar perut macam dalam gambar tu kan...kesian dia.

Amacam?? Best ke best??

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Team Neck
Now every one can kurus
"Jom kurus dari rumah"



SILA DOWNLOAD 'EBOOK KURUS' DIBAWAH SECARA PERCUMA

 

http://www.noweveryonecankurus.com/lengkap


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution