Social Icons

ESP-Minuman Berkhasiat Yang menjadikan Kulit Anda Semakin Cantik.


Assalamu'alaikum.

Saya doakan semua yang singgah di blog ini sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah.

Semoga segala urusan anda dipermudahkanNya.

Hari ni saya nak share dengan anda semua testimoni pengguna tegar ESP.

Info ESP

Anda tahu tak dalam ESP,kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non GMO'(non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.



Satu tin ESP(850g)dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Sebenarnya terlalu banyak kebaikan yang anda boleh dapat seandainya anda mengamalkannya secara konsisiten.

Tetapi hari ini saya cuma nak share testimoni ESP dari segi perubahan kulit jer..hihi semakin cantik,licin,gebu,putih.

Sapa tak suka kan kalau dapat kulit macam ni,dah la anda boleh pelbagaikan resepi ESP ni ikut citarasa anda.

Nak resepi ESP? klik di sini.

Minum pun mengenyangkan dan bertahan lama,pastu kulit semakin cantik plak.

Rasa-rasa best ke best?

Kalau anda nak tahu lagi pasal ESP sila klik di sini.

Sekarang jom kita layan testimoni dibawah:


 Testimoni ESP














Anda tak jeles ke bila baca testimoni-testimoni macam ni.

Mesti jeles kan..bukan saja bertambah cantik berseri-seri malah  banyak lagi manfaat yang turut dirasai mereka.

Bulan ni bulan promosi ESP,dah tentu diorang ni borong sakan buat stok.

Anda nak cuba??Anda boleh pm saya.

Saya sedia membantu anda.


PROMOSI BULAN MAC 2015 :


ESP BELI 6 PERCUMA 1

 ESP BELI 2 DISKAUN 5%

 



Result Minggu Ke 6 Peserta NECK Batch 1



Assalamu'alaikum.

Salam sayang buat semua pengunjung dan pembaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda bahagia dan sentiasa ceria disamping insan-insan tersayang.

Hari ni saya sekadar ingin berkongsi dengan anda result  peserta-peserta program Now Every One Can Kurus (NECK)batch pertama.

Setiap peserta diminta membuat timbangan berat badan setiap dua minggu sekali.

Ini untuk melihat perkembangan mereka dari segi penurunan berat badan.

Untuk pengetahuan anda,batch pertama bermula pada 1 february 2015 dan result dibawah adalah menunjukkan penurunan berat badan mereka pada minggu ke2,ke4 dan minggu ke6.


 











Ada yang turun 4kg,6kg malah ada yang sampai 10kg turun..woww best kan

Itu baru 6 minggu,belum sampai 100 hari lagi.

Semua peserta batch1 bakal menamatkan program ini pada 11 mei 2015.

Semoga mereka mencapai berat badan ideal yang diimpikan.

Sama-sama kita doakan. 

In sha Allah.

Jika anda nak tahu lebih lanjut tentang NECK anda boleh juga baca di sini

Sekiranya anda berminat ingin menyertai program ini,anda boleh watsap/telegram saya di talian 013.4420.637.

Lagipun Batch ke3 bakal bermula 1 April ini dan pendaftaran sedang dibuka sekarang.

Sekiranya anda rasa entry ini memberi manfaat,sila like dan share yer..mana tahu dengan share daripada anda ini dapat membantu lebih ramai lagi sahabat kita yang ingin kurus dan sihat.

Saya doakan anda sihat dan kurus.Sentiasa dalam rahmat Allah dan diberkati kehidupan anda.

Jumpa lagi.


Salam sihat dan kurus,
~Nurul~
013.4420.637



13 Manfaat Dan Kebaikan Zink Yang Patut Anda Tahu!!


Assalamu'alaikum.

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah s.w.t.

Hari ni saya nak share dengan anda tentang satu lagi produk Shaklee iaitu Zink Complex.

Sebenarnya zink diperlukan oleh lelaki dan juga wanita untuk tubuh badan yang sihat.

Saya mula mengamalkan zink ketika berpantang anak ke empat hujung tahun lepas.Anda  boleh baca di sini.

Niat utama saya ambik zink adalah untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin,tapi sampai hari ni saya masih meneruskan pengambilan zink.
 
Istimewanya Zink



Zink dirumus dari zinc gluconat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh kita.


Manfaat dan Kebaikan Zink

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim didalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

2.Membentuk kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit,kuku dan organ.

3.Memperbaiki Diabetes dengan membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin.

4.Bintik putih dikuku adalah tanda kurangnya zink.Ini akan menyebabkan anda lemah daya ingatan,mudah sakit,luka lambat sembuh,pembengkakan prostat,anemia atau lemah penglihatan.

5.Mempertingkatkan sistem imun.

6.Mempercepatkan pemulihan luka.

7.Memperbaiki masalah prostat.
  Kajian menunjukkan pengambilan harian zink dapat mengurangkan pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

8.Memperbaiki kemampuan seks lelaki dan meninggikan kuantiti sperma.

9.Ovulasi wanita.

10.Memperbaiki radang kulit seperti ekzema dan jerawat.

11.Mengekalkan deria bau yang sihat .

12.Ingatan yang baik

13.Mengurangkan keguguran rambut.


Testimoni Zink 








Terima kasih kerana sudi membaca.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pun ingin mencuba zink,jangan segan-segan untuk pm saya yer.

Saya bersedia membantu anda.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




14 Testimoni Penghidap Gastrik Yang Anda Perlu Baca!!


Assalamu'alaikum.

Saya doakan sesiapa sahaja yang sudi menjengah blog Amnurhuda ini dilimpahi rahmat Allah dan mendapat kasih sayangNya selalu.

Semoga hari ini segala urusan kita dipermudahNya.

Hari ini saya nak share testimoni dari mereka yang mengamalkan ESP sebagai sumber protin terbaik didalam kehidupan seharian.

Anda pasti jatuh cinta

Saya rasa tidak ada rugi atau menyesal bila mencuba ESP ini kerana kebanyakan dari mereka terus jatuh cinta dengan ESP bila mengamalkannya secara berterusan.

Ini kerana pengambilan yang konsisten akan  menghasilkan result yang bagus dan pastinya memuaskan.

Mesti la best kan..sebab saya sendiri dah jatuh cinta bila mengamalkan ESP.Anda boleh baca sendiri kisah saya di sini.

Ha itu pasal jatuh cinta,sebenarnya yang saya nak share hari ni adalah testimoni dari mereka yang menghidap gastrik.

Jom kita tengok apa kata diorang tentang ESP dan gastrik yang mereka alami.
















Amacam??best tak ESP ni.

Anda takkan rasa dan kata best selagi anda belum mencubanya dan merasai hasilnya.

Mereka dah cuba,mereka amalkan dan mereka sudah mendapat result yang memuaskan..alhamdulillah.
 
Sebenarnya ini hanya sebahagian testimoni dari pengguna yang menghidap gastrik.

Banyak lagi testimoni mereka yang mengamalkan ESP dan mendapat result yang begitu memuaskan dari segi lain termasuk kecantikan kulit,turunkan berat badan,penyusuan,dan lain-lain.



In sha Allah di lain kali saya berkongsi lagi ok.

Anda bagaimana?ingin mencuba ESP?

Jangan malu,jangan segan sila pm saya untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut tentang ESP.

Anda pasti teruja

Saya yakin anda takkan menyesal bila mengenali dan mendekati ESP sebab terlalu banyak kebaikan dan manfaat yang bakal anda terima bilamana anda jadikan ESP sebagai teman baik anda.

Terima kasih kerana sudi membaca sampai disini.

Sebarang persoalan sila whatsap/telegram saya ok.

~Nurul~
013.4420.637

PROMOSI BULAN MAC 2015 :


ESP BELI 6 PERCUMA 1

 ESP BELI 2 DISKAUN 5%

 



9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Keguguran Rambut Selepas Bersalin


Assalamu'alaikum.

Salam kasih sayang buat semua yang mengunjungi blog Amnurhuda.

Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Hari ini saya nak share dengan anda 9 perkara yang anda terutamanya ibu-ibu yang baru bersalin patut tahu tentang masalah keguguran rambut.

Sebelum tu tahniah dan selamat berpantang saya ucapkan buat semua ibu baru bersalin dan sedang berpantang.

Memang kebanyakan wanita akan mengalami masalah rambut gugur dan kebanyakan masalah ini  terjadi selepas mereka  melahirkan.

Selalunya wanita menyimpan rambut yang panjang agar senang untuk membuat sanggul ketika berpantang.

Rambut yang panjang akan membuatkan kita lebih mudah perasan tentang masalah keguguran rambut ini terutamanya ketika bangun tidur,ketika sikat rambut dan ketika mandi.


Jom kita tengok 9 perkara yang anda perlu tahu tentang masalah ini:

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. 

Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa Anda perlu lakukan?

1.Anda tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

2.Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

3.Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

4.Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam

Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum

Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. 

Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. 

Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge

Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. 

Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau

Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
 
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. 

Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon

Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan

merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.

Kredit to:Majalah Pa&Ma

Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian kali ini.

Semoga ianya memberi manfaat buat kita bersama.

Saya juga ada berkongsi tentang masalah keguguran rambut yang pernah saya alami dan cara saya mengatasi masalah ini.Anda boleh baca disini Atasi Masalah rambut gugur(sila klik).

Ok sehingga berjumpa lagi.

Wallahua'lam.


---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution










Masalah Rambut Gugur Dah Setel!!


Assalamu'alaikum.

Salam kasihsayang buat semua.

Saya doakan anda semua dalam peliharaan Allah selalu.

Kat sini sapa ada masalah rambut gugur??Mesti la ada kan,kalau tak anda tak klik link ni...betul tak?hehe..ala gurau jer

Ini Kisah saya.

Hari ni saya nak share tentang rambut gugur.Ini juga salah satu masalah yang saya pernah alami.

Saya tahu ramai orang kat luar sana juga alami masalah yang sama.

Jadi tak salah kalau kita saling berkongsi pengalaman kan.Benda bermanfaat buat apa simpan sorang-sorang kan,tak baik tau.

Sebelum berkahwin seingat saya,tak de pula masalah rambut gugur ni.

Masalah ni mula timbul selepas melahirkan.Senang citer lepas ada anak la.

Memang asyik luruh jer.Ada betul juga cakap orang tua-tua "kalau baby asyik main atau sembur air liur,abih la rambut siibu.."

Betul ker?

Saya ingat lagi dulu bila sikat je rambut,penuh rambut lekat disikat tambah-tambah lagi waktu rambut panjang.

Bila sapu sampah,baru perasan rambut yang jatuh ke lantai pun banyak juga.

Masa tu tak de la fikir nak selesaikan masalah ni sebab saya rasa macam dah biasa.

Dan masalah ni tak nampak sangat bila saya pergi kedai rambut dan potong rambut bagi pendek.

Abih citer..hihi

kalau luruh pun takde la melekat disikat lagi,jatuh ke lantai pun tak perasan sebab rambut dah pendek..hehe

Masalah saya tak de la serius sampai botak kepala,mungkin sebab tu saya tak kisah sangat.


Rambut gugur semakin tiada.


Tapi selepas saya amalkan ESP shaklee ,saya perasan masalah ni semakin hilang.

ESP menjadikan rambut saya lebih kuat dari akarnya.Sebab tu dah susah nak luruh.

Bila saya mula perasan akan perubahan ni rasa  macam best plak.Yela dah tak luruh nampak macam lebat je rambut.Mesti la seronok.

Masa bersalin anak ke empat bulan 12 lepas,dan sampai hari ni,masalah ini masih dapat dikawal.

Bukan tak de langsung rambut luruh,tapi luruh sehelai dua tu biasa la.

Tambah pula masa dalam berpantang hari tu saya ambil zink dan b complex.

Memang best!!


ESP,zink dan B complex memang kombinasi terbaik la untuk masalah ni.  

Sampai hari ni saya masih lagi mengamalkannya.

Alhamdulillah. 

Jika anda juga mengalami masalah yang sama macam saya,dah macam-macam cuba tapi rambut tetap luruh saya syorkan agar anda mencuba apa yang saya amalkan.

Anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan saya tak keberatan untuk berkongsi pengalaman ini dengan anda.

Anda juga mungkin berminat dengan Set Rambut Shaklee (Sila Klik).

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda.

Terima kasih kerana sudi membaca. 


---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution






 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution