Social Icons

Setelah 27 Hari Bersama NECK!!


Assalamu'alaikum...

Bagaimana anda hari ini?

Semoga anda senyum sokmo,dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah selalu.

Hari ni dah masuk 27 hari program Neck dijalankan.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semangat peserta semakin membakar untuk kurus dalam tempoh 100 hari.

NECK...NECK...apa benda NECK tu???

Anda belum tahu tentang NECK? sila baca Apa Itu NECK(sila klik).

Ok,hari ni saya nak share dengan anda semua apa sudah terjadi dengan peserta-peserta NECK ni sepanjang 27 hari bertungkus lumus menjayakan program ni.

Jom kita tengok ...











Semua ni adalah peserta NECK Batch 1.

Batch 1 bermula pada 1 February yang lalu dan mereka masih mempunyai baki 73 hari.

Mereka ada target masing-masing untuk kurus dalam masa 100 hari.

Pertandingan NECK

Dan untuk membakar lagi semangat mereka,program ini mengadakan satu pertandingan.

Peserta yang berjaya menurunkan berat badan paling banyak akan memenangi RM1000.

Amacam? best ke best??

Kalau anda nak tahu tentang pertandingan ini,sila klik "Pertandingan NECK".


Batch ke2 bakal bermula

Untuk pengetahuan anda, sekarang pendaftaran sedang dibuka untuk Batch ke2 dan akan bermula 1 Mac ini.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai program ini sila hubungi saya melalui whatsap/telegram di talian 013-4420 637.

Cukuplah sampai disini perkongsian tentang NECK untuk hari ini.

In sha Allah saya akan kongsikan lagi info NECK yang seterusnya.

Terima kasih daun keladi.
Jangan lupa baca lagi yer.


Salam sihat dan kurus
~Nurul~
013.4420.637 




Apa Itu Now Every One Can Kurus (NECK) ?


Assalamu'alaikum.


Saya doakan anda semua yang sedang membaca blog Amnurhuda dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Semoga anda sentiasa bahagia.



Hari ni saya nak share satu program yang sedang dijalankan oleh Empayar MariaFirdaus iaitu Now Every One Can Kurus (NECK).

Program ini ditubuhkan khas untuk mereka yang obesiti dan seriuuus nak kurus.

Betul ker anda seriuus nak kurus?kalau anda serius giler nak kurus memang anda wajib baca sampai habis entry ini.


Apa itu Now Every One Can Kurus (NECK)


Kelebihan NECK
 

 Personal Trainer


Cara Pemantauan NECK
 

Testimoni Neck Sebelum Ini
 




Apa Yang Diajar ???



Hasil NECK Dalam 2 Minggu


Anda Berminat Nak Sertai Neck?



Jom sihat dan kurus bersama NECK.


Sila download Ebook Percuma untuk anda.

Klik di sini "Ebook Kurus".


Terima kasih kerana berminat nak baca sampai sini.

Mesti anda bersemangat nak kurus kan??

So..tunggu apa lagi..



Salam sihat dan kurus,
~Nurul~
013.4420.637



February..Hepi Bestday To My Family!!


Assalamualaikum...

Salam sayang buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Maafkan saya sebab dah lama tak update blog ni,rindu sangat nak menaip tapi disebabkan laptop saya tiba2 kurang sihat,terpaksa la saya bercuti sekejap...hihi.

Alhamdulillah,laptop semakin pulih setelah dirawat oleh En suami.Terima kasih abah..

Doakan semoga laptop saya ni panjang umur yer,dapat la saya berkongsi cerita selalu.

Setiap tahun di bulan February kami sekeluarga akan mengadakan satu majlis untuk meraikan sambutan ulangtahun kelahiran ayah bersama anak-anak dan cucu cicit.

Hari lahir ayah jatuh pada 14 february.Disebabkan dalam keluarga kami ramai yang lahir di bulan February,maka kami mengambil keputusan untuk menyambutnya setiap tahun bersama-sama.

Jadi kami akan pilih satu tarikh di bulan February yang mana semua orang dapat meluangkan masa untuk balik kampung dan meraikan bersama.

Tahun ni kami pilih 19 February untuk bersama-sama berkumpul bagi menjayakan majlis ini.

Mesti la best..masa ni la nak berkumpul beramai-ramai.

Dan yang pastinya niat kami untuk melihat ayah gembira di hujung usianya.

Majlis tahun ni kami gabungkan sekali dengan majlis tahlil untuk arwah emak yang telah pergi 12 tahun lalu dan juga arwah makcik yang baru bulan lepas meninggalkan kami.

Semoga mereka damai di sana.Alfatihah.

Kami adakan majlis tahlil di sebelah pagi manakala majlis potong kek untuk sambutan hari lahir di sebelah petang.
 
Jom layan sedikit kenangan di sekitar majlis,tak sempat nak snap banyak-banyak sebab sibuk sikit..hehe

Hepi bestday semua.Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Pulut kuning special buat ayah





Ini kakak yang sulong,masih nampak muda dari umur.awet muda..hehe

Ini kakak ipar sulong

Selesai majlis tahlil..jemput makan yer

 

 Dan diakhir majlis dapat hadiah plak..hehe ikhlas dari kakak ipar.
botol air free..

Nak suruh minum air banyak-banyak le ni.

Thank you kak.Semoga bertambah murah rezeki.

Ok sehingga jumpa lagi.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wassalam.





Satu Cara Selamatkan Nasi Sejuk Dari Pembaziran!!


Assalamu'alaikum...

Salam Jumaat buat semua.Semoga segala urusan anda hari ini di permudahkan dan diberkati Allah.

Saya nak tanya kalian,selalunya kalau ada nasi yang lebih dimakan malam tadi,kalian buat apa dengan nasi tu?

Biasanyer goreng je la kan buat sarapan pagi ni.Ataupun kalau rajin boleh juga buat apam nasi kan,sedap tu makan dengan kelapa parut pula.Memang sedap.

Atau malas nak goreng,nak buat apam lagi malas,hmm tak leh kata apa dah ler.

Samaada terbiar begitu saja atau boleh panaskan untuk makan tengahari.

Terpulang kepada individu dengan cara masing-masing sebab ada orang tak suka nasi perangat-perangat ni.

Hari ni saya nak share dengan kalian cara saya memanfaatkan nasi sejuk.

Saya buat 'jemput-jemput nasi sejuk'.

Simple jer,tapi sedap.Kalian boleh cuba sendiri.

Ini cara saya buat dan ikut sukatan saya.

Jemput-jemput nasi sejuk

2 senduk nasi sejuk (blender + air)
4 senduk tepung gandum
1 st garam
3 sb gula

Campurkan semuanya.Bancuh bancuhan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair..agak-agak ler yer.




Janji boleh jemput-jemput masa  menggoreng nanti,kalau tak boleh jemput pakai sudu  la nampak gayanya..hehe

Memang simple kan.Saya percaya semua orang boleh buat.

Ala tak semestinya untuk sarapan,time lapar-lapar tu,tak tahu nak makan apa..ha boleh la buat.

Nak lagi cepat bancuh la lebih sikit,pahtu simpan dalam peti.

Bila lapar terus goreng.Makan time panas lagi best!

Sekian perkongsian saya hari ni.

Terima kasih kerana membaca.Semoga bermanfaat.

Biar simple,janji sedap dan mengenyangkan.

Lebih baik dari makan jajan kan..

Ok jumpa lagi...SELAMAT MENCUBA!!!


~Nurul~
Percaya Sebelum Berjaya.



15 kesilapan ibubapa yang harus kita tahu dalam mendidik anak-anak!!


Assalamu'alaikum.

Saya doakan semua yang sedang membaca blog Amnurhuda bahagia selalu disamping keluarga tercinta.

Saya bukanlah seorang ibu yang sempurna,seringkali banyak kesilapan yang saya lakukan dalam mendidik anak-anak.

Namun pada masa yang saya saya sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak dan saya tak pernah lupa untuk mendoakan mereka agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.



Saya sedar,kita hanyalah insan biasa dan semestinya tak dapat lari dari kesilapan demi kesilapan.

Saya harap selepas kita meneliti 15 kesilapan di bawah ini kita mampu mengubah keadaan kepada yang lebih baik.

Biarlah perubahan yang kita lakukan nampak kecil tapi sebenarnya besar kesannya.

Dan biarlah kita berubah sedikit demi sedikit kepada yang lebih baik daripada kita tetap seperti sebelum ini.

Semoga kita hari ini lebih baik dari semalam.

Jom kita tengok apa kesilapan yang kebanyakan ibubapa termasuk saya sendiri sering lakukan dalam mendidik anak-anak :


1. Kesilapan pertama:

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)


2. Kesilapan kedua:

Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga:

* Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat:

* Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima:

* Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

6. Kesilapan keenam:

* Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh:

* Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan:

* Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan:
 
* Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh:

* Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

11. Kesilapan kesebelas:

* Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas:

Bertengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

13. Kesilapan ketigabelas:

*Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

14. Kesilapan keempatbelas:

* Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: 

*Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)



Saya doakan kita semua menjadi ibubapa yang mithali dan berjaya mendidik anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

Kalau kita tidak mampu untuk ubah semuanya,jangan tinggalkan semuanya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Wallahu a'lam.


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution