Social Icons

Pertandingan Now Every One Can Kurus (NECK)


Assalamu'alaikum...

Saya doakan semua yang sedang membaca blog Amnurhuda sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmat Allah.

Hari ni saya nak kongsikan satu projek yang telah dijalankan oleh Empayar Maria Firdaus iaitu Projek Now Every One Can Kurus (Neck).

Projek ini dijalankan untuk membantu kebanyakan rakyat Malaysia menyelesaikan masalah obesiti mereka dengan lebih mudah dan praktikal.

Sesiapa yang menyertai projek ini secara tidak langsung dapat menyertai pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan Now Every One Can Kurus (NECK).

Pertandingan NECK

Sebelum pertandingan ini diadakan,semua formula mudah didalam  ebook ini telah pun berjaya dibuktikan oleh mereka ini termasuk penulis ebook ini sendiri.


Penulis ebook Now Every One Can Kurus




Hasilnya mereka berjaya menurunkan berat badan secara sihat dan hasrat penulis sendiri sekiranya beliau berjaya menurunkan berat badannya,beliau nak bantu rakyat malaysia yang obesiti untuk menjadi kurus dan sihat seperti beliau.

Maka terhasil lah ebook ini.

Nak tak kurus seperti mereka??

Kalau anda serius,anda wajib baca ebook ini.

Kalau belum baca sila download secara PERCUMA  di sini.


 Hadiah Pertandingan


Semua peserta pertandingan berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan iaitu:

Tempat pertama - Rm1000

Tempat Kedua   - RM500

Tempat Ketiga  - RM300

Pertandingan ini akan dimulakan pada 1 februari 2015 dan ianya akan berjalan selama 100 hari.

Woww kurus dalam masa 100 hari,berpeluang memenangi wang tunai lagi.

Amacam?? Fuhh rugi sapa tak join.Saya lain la,dah ternyata kurusnya..hehe

Selepas tarikh ni kalau masih ada yang berminat mungkin boleh dipertimbangkan lagi untuk menyertainya ataupun kemungkinan akan diadakan lagi batch ke2 selepas ini.

In sha Allah. 

Sekiranya anda belum baca lagi ebook Now Every One Can Kurus anda boleh dapatkannya secara PERCUMA di sini atau whatsap/telegram ke no 013-4420 637.Saya akan bagi linknya.


Terima kasih kerana sudi membaca sampai di sini.

Selamat membaca Ebook NECK!!



Nak kurus,biar kurus dan sihat
~Nurul~



Dapatkan Ebook Percuma : Now Every One Can Kurus (NECK)!!!


Assalamu'alaikum...

Salam sayang,salam sejahtera buat semua pembaca blog Amnurhuda.

Saya sentiaasa mendoakan agar anda semua berada dalam rahmat Allah selalu.

Saya nak share dengan anda satu ebook yang telah dilancarkan beberapa hari lepas.

Now Every One Can Kurus

Alhamdulillah,dalam masa 2 hari pelancaran ebook ini telah pun dibaca oleh 1000 orang dan pastinya jumlah ini semakin bertambah dari hari ke hari.
 
Banyak tip yang telah dikongsikan khas untuk mereka yang serius nak menurunkan berat badan dan ianya tidaklah sukar untuk di ikuti.

Ternyata semakin ramai yang ingin kurus bila tahu caranya.

Adakah anda juga dikategorikan sebagai gemuk?Anda wajib baca ebook ini!!

 
Bagaimana nak dapatkan ebook ini?? 

Ada dua cara untuk anda dapatkan ebook ini.

1.Beli pada harga RM10

Anda boleh bank in ke akaun
Maybank - 1020 3661 1668
Nurulhuda Bt Ramli@Sharif
annurfalahsolution@gmail.com

Atau...

2.Dapatkan secara PERCUMA.

Caranya anda wajib share entry ini agar orang lain pun dapat manfaat bersama(ini amanah yer)

Saya tahu,anda pasti pilih yang percuma kan,biasa la tu semua orang suka yang percuma termasuk saya..hehe ,betul tak ?

Jadi saya bagi percuma je la,tapi anda jangan la pula kedekut ilmu ni.

Tak baik amal sorang-sorang,share la dengan orang lain sama tau.

Biar kita semua kurus dan sihat.

Selepas anda bank in atau share entry ini,terpulang kepada anda yang mana satu.

Anda boleh download ebook tersebut.Sila klik link dibawah untuk download.

http://www.noweveryonecankurus.com/nurul/

Semoga ebook  ini mampu membantu anda dan lebih ramai lagi menurunkan berat badan dengan jayanya.

Selamat membaca!!


Nak kurus,biar kurus dan sihat
 ~Nurul~



Formula Mudah Susun Buku Sekolah Anak Yang Ibubapa Wajib Tahu


Assalamu'alaikum...

Semoga semua pembaca blog Amnurhuda sihat dan ceria selalu.Semoga kita sentiasa lebih baik dari semalam.

Kredit untuk tuan punya idea.


Kali pertama saya terpandang post ni dan saya baca,dalam hati terus berkata.."ok juga kan..buat macam ni.Lebih mudah untuk anak-anak kelas jadual."

Susahnya nak kelas jadual...

Tahun lepas dua orang anak saya bersekolah dalam darjah 4 dan sorang lagi darjah 2.

Yang kakak ni kalau kelas jadual punya la lama.Kalau dia kelas jadual di waktu pagi mesti saya membebel..hehe.

Lama sangat,apa yang dibeleknya ntah la.Kadang-kadang saya yang tolong kelaskan tapi ada saja pula buku yang saya tak masukkan..huhu

Yang adik plak,lagi senang dia angkut semua buku ke sekolah.Tak payah kelas jadual dah.

Mana boleh macam tu,kesian la pula berat beg hari-hari.Jadi saya tolong kelaskan,tapi kadang-kadang saya sendiri tak sempat.Kadang-kadang terlupa pun ada juga.

Tahun ni masing-masing sudah masuk darjah 5 dan 3.Tambah sorang lagi masuk PASTI.

Yang PASTI ok la tak de kelas jadual.yang kakak-kakak ni buku pun semakin bertambah,semakin lama la duk kelas jadual nanti.

Alhamdulillah dengan idea diatas pastinya banyak membantu bukan saja saya malah ibu-ibu lain juga..kan...kan..

Terima kasih banyak-banyak kepada tuan punya idea ni kerana sudi berkongsi.Sangat bermanfaat!!

Projek bermula

Sebenarnya minggu lepas lagi saya nak mula buat projek ni,tapi tergendala di sebabkan jadual sekolah yang belum tetap.

so,saya tunggu dulu sehingga cikgu bagi jadual baru.

Dan projek pun bermula...

Mula-mula suruh suami belikan sticker dulu,kena ada 5 warna la yer untuk 5 hari.



Saya minta kakak dan angah pilih warna untuk setiap hari dan warna yang di pilih adalah :

Kuning - untuk hari Ahad
Oren   - untuk hari Isnin
Hijau  - untuk hari Selasa
Merah  - untuk hari Rabu
Biru tua - untuk hari Khamis



Dah pilih warna,maka proses melekatkan sticker di semua buku pun bermula.

Sambil melekat sticker sambil saya menerangkan macammana nak mengelas jadual.



Contohnya untuk jadual hari ahad(warna kuning),maka pilih jer semua buku yang ada sticker warna kuning.Sama juga la dengan hari-hari yang lain.

Lebih mudah kan,kalau ingat warna dan hari lagi senang tak payah tengok jadual dah..hehe.

Alhamdulillah dah selesai satu projek mempermudahkan anak-anak dan juga ibubapa.

Jadi tahun ni kalau saya nak pantau buku-buku yang dibawa pun senang la kan..tengok warna jer,dah tahu patut bawa ke tak.

Ok terima kasih kerana sudi membaca perkongsian kali ini.

Saya sekadar memanjangkan idea dari sahabat kita ini dan semoga ianya memberi manfaat kepada lebih ramai lagi terutamanya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. 

Sekiranya anda rasa idea ini bagus dan harus dipraktikkan,jangan segan untuk  share dengan lebih ramai lagi sahabat kita yang mungkin belum tahu.

Sama-sama kita memberi manfaat.Semoga hidup kita lebih di berkati.

Sehingga jumpa lagi.

Wassalam. 

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution





Langkah Bijak Elak Anak dari Makanan Tidak Berkhasiat Ketika Di Sekolah


Assalamu'alaikum.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.Saya doakan anda yang membaca blog Amnurhuda ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t.

Tahun baru pelajar baru

Bila masuk tahun baru jer,masih ramai  ibubapa sebenarnya yang risau memikirkan tentang anak-anak yang baru menduduki tahun satu,terutamanya waktu rehat.

Ye la,dalam usia 7 tahun bukan semua anak-anak pandai menilai duit untuk membeli di kantin ketika rehat.Dah tu kena beratur lagi,masa pula agak terhad.

Mereka pula masih dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana baru.Silap hari bulan ada yang tak sempat makan  di waktu rehat,kesian kan.

Ibubapa sekarang pula majoriti bekerja terutamanya yang tinggal di bandar.Mana sempat nak pergi sekolah nak pantau keadaan anak-anak setiap hari.

Mungkin ada sesetengah ibubapa mengambil langkah bijak dengan menyediakan sarapan dari rumah.Alhamdulillah tapi bukan semua ibubapa berkesempatan untuk melakukan hal yang sama kan..?

Pakej berkhasiat untuk pelajar

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua satu teknik bagus yang telah dilaksanakan oleh SK Cyberjaya iaitu dengan menyediakan pakej berkhasiat lengkap dengan air dan buah-buahan untuk murid tahun satu.

 
Amacam??Best ke best?


Jadi,ibubapa lebih senang hati kan meninggalkan anak-anak kat sekolah.Tak payah duk fikir duit yang di beri hilang ker,anak tak pandai nak beli makanan ker atau anak beli makanan yang tak berkhasiat jer..susah hati kan?

Dengan teknik ni,ibubapa hanya perlu bayar RM3 untuk satu pakej dan bayaran dibuat setiap bulan mengikut hari persekolahan.

Manarik kan??

Kalau idea ni dilakukan untuk semua pelajar dari tahun satu hingga tahun enam,anda rasa camna?Ok tak?

Apa pandangan anda??Jom la kongsikan sebarang pandangan untuk kebaikan bersama.

Benda baik elok dikongsikan..sebarang komen amat dialu-alukan.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog Amnurhuda.

Jumpa lagi.  

Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



10 Tip Menjadi Ibubapa Terbaik!!


Assalamu'alaikum...

Saya doakan semua pembaca blog ini di kurniakan Allah kesihatan dan kebahagian sepanjang hayat.

Jangan lupa senyum sokmo kerana senyuman adalah penawar segala kedukaan.

Lagipun senyum tu kan sedekah,tak payah keluar satu sen pun..hehe,jom senyum.

Hari ni sebagai seorang ibu saya nak share dengan anda tip-tip dari Prof Muhaya untuk menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak.

Apakata selepas ni kita sama-sama cuba praktikkan tip tersebut.

Semoga kita menjadi ibubapa yang cemerlang dalam mendidik dan membentuk anak-anak kita menjadi anak yang soleh dan solehah..aamiin.

10 tip untuk ibubapa:

 1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.




4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.



6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]




9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W.




Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

via : Prof. Dr. Muhaya


Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat kita bersama.

Selamat beramal. 



Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




Vita-lea For Children-Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak!!!


Assalamu'alaikum...

Saya doakan anda yang sedang membaca blog ini sentiasa dirahmati Allah selalu.

Semoga anda ceria-ceria selalu disisi insan tersayang.

Anda mesti pernah terdengar sebelum ni kan Multi-vitamin Vita lea,tapi yang tu untuk orang dewasa(boleh baca kat sini).

Hari ni saya nak bagitau tentang Vita lea untuk kanak-kanak pula.

Ha baru best kan..asyik mak ayah jer duk telan multi vitamin,anak-anak pun nak sihat juga.Tahun baru ni Shaklee dah kembalikan Vita lea untuk anak-anak setelah lebih setahun tiada di pasaran.


Sekarang ia kembali dengan formulasi yang lebih baru.

 


Fuhh...larat ke anak-anak kita nak makan semua ni untuk mendapatkan semua nutrien yang ada dalam Vita lea for children ni??

Lagi senang ambik jer Vita lea ni kan..lagipun belum tentu apa yang kita hidangkan untuk anak-anak kita seharian menyamai semua ini. 


 
Ini pula perbandingan antara formula vita lea yang lama dan yang baru.

Nampak tak perbezaannya??mesti la yang baru lebih baik kan..


Perbandingan Multivitamin Shaklee dengan brand lain.

  
Kembali berada di pasaran awal tahun baru ni Shaklee dengan murah hatinya terus buat promosi hebat untuk Multi vitamin kanak-kanak ni.

Beli 3 percuma 1,selalunya Shaklee buat promosi beli 6 percuma 1.

Ini bermakna bulan ni sapa yang beli 6 percuma 2 la yer.

Amacam?best tak??

Ok sapa yang rasa nak berikan multivitamin terbaik untuk anak-anak,jangan segan jangan malu pm jer saya ok.

Kalau anda nak tahu vitamin apa lagi yang sesuai untuk anak-anak,anda boleh baca di sini.

Sehingga berjumpa lagi.Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga entry kali ini memberi manfaat buat kita semua. 


---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


Salam Maulidur Rasul 1436H/2015


Assalamu'alaikum...

Salam maulidur rasul buat semua...

Sudahkah anda berselawat untuk rasul junjungan kita hari ini??


Jom kita selawat ramai-ramai...



Tercipta satu lembaran sejarah Di tanah suci Kota Mekah
Hari yang mulia penuh syahadah Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
Dua belas Rabiul Awwal yang cerah
Dua puluh April Tahun Gajah
Lahirlah zuriat dan syahadah


Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya Lahirnya putra yang utama
Muhammad nama diberi Gelaran yang terpuji
Nikmat Illahi sama disyukuri Terima putra yang berbakti

   
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia

Tak kenal maka tak cinta,jom kita kenal junjungan mulia kita dengan lebih dekat.

Biodata dan Sejarah Ringkas Nabi Muhammad S.a.w (Sila Klik) 

Semoga maulidur rasul tahun ini lebih mendekatkan lagi kita kepada mengingati seterusnya memperbanyakkan lagi selawat kita keatas nabi s.a.w




Salam sayang buat semua,hingga berjumpa lagi.



Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution