Social Icons

Kelahiran yang di tunggu.


Assalamu'alaikum...

Salam sejahtera buat semua pembaca blog Amnurhuda.Saya doakan anda semua sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Allah selalu.

Hari ni dah 39 minggu usia kandungan saya,masih berbaki 6 hari lagi untuk sampai tarikh due bersalin.

Memang akhir-akhir ni kurang selesa sikit samada waktu tidur atau waktu santai,mungkin masanya semakin hampir.

Menjadi rutin setiap hari di hujung-hujung kehamilan ni saya suka tidur selalunya dalam 1 jam sebelum solat asar.

Petang ni macam biasa saya tidur,pukul 4.45 saya terjaga dan suami pun sudah pulang dari kerja.

Sakit berulang-ulang

Tapi kali ni bila bangun terasa sakit pinggang semacam jer.Mulanya saya tak layan,tapi dia datang dan hilang berulang-ulang.Namun saya kuatkan semangat,tak dilayan perasaan tu saya gagahi bangun pergi mandi dan solat asar.

Sesudah itu,sakit pinggang masih berulang hingga menyebabkan saya tak senang duduk dan mula resah memikirkan adakah sudah tiba waktunya.

Tiada tanda samaada turun darah atau air ketuban menyebabkan saya masih bertahan di rumah.Jam menghampiri pukul 6 petang dan saya membuat keputusan menghubungi misi klinik desa untuk meminta pandangan.

Katanya lebih baik saya ke hospital buat pemeriksaan samaada jalan sudah terbuka untuk melahirkan.Lagipun kali ini sudah nak masuk anak ke empat,jadi misi pun tak bagi tunggu lama-lama.

Alhamdulillah waktu ni suami ada di rumah,jadi kami terus bersiap untuk pergi Hospital Yan,hospital terdekat dengan rumah saya.

Sampai jer kat bahagian kecemasan,saya diarahkan untuk terus ke wad bersalin.

Laboor Room

Pergi wad bersalin saya terus masuk laboor room untuk buat pemeriksaan.Waktu sakit pinggang tetap sama seperti tadi.

Ya Allah,permudahkanlah urusan ku..tak lekang dihati dengan doa ini.

Pemeriksaan di buat dan jalan sudah pun terbuka 7cm,waktu tu jam 6.45 petang.

Suami dan anak-anak menunggu diluar.Manakala didalam laboor room hanya saya bersama 3 orang misi.Memang hospital ni sunyi jer apalagi waktu ni,memang tak der orang pun.

Doktor pun tak ada,tapi saya dengar seorang misi sudah pun menghubungi doktor untuk memaklumkan kehadiran saya saat itu.Sekejap lagi doktor sampai la.

Bertarung nyawa 

Dan saya pula sedang menahan sakit yang semakin kerap datang.

Hampir 30 minit saya bertarung nyawa akhirnya syukur ke hadrat Allah saya berjaya juga untuk melahirkan.

Alhamdulillah,Ya Allah terasa lega sangat..anak yang ku kandung selama 9 bulan akhirnya berada di depan mataku sekarang.

Hilang segala perit bila dapat menatap wajah anak syurga ini.Masih mampu tersenyum walaupun sakit melahirkan hanya Allah yang tahu.


Dan malam ini terpaksalah saya tidur di wad bersalin ini hanya bersama misi-misi kerana saya sorang jer patient kat dalam wad bersalin buat masa ini...huhu sedihnyer.



Walaupun penat,mata saya tak mampu terlelap.Ntah la kenapa,bukan sebab takut keseorangan tapi terasa segar jer mata,mungkin sebab saya dah tidur petang tadi.

Semoga esok saya dapat balik rumah tanpa sebarang masalah kesihatan.

Doakan saya dan baby saya yer.



Ok nanti ada masa saya bercerita lagi.Rasanya sepanjang berpantang ni saya nak berkongsi lebih banyak tentang "Susu Ibu".

Tunggu yer...




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution