Social Icons

Tips Lulus Exam PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) 2014 & Contoh Soalan.


Assalamu'alaikum.

Salam sejahtera buat semua pembaca yang sangat saya sayangi.

Semoga kalian di rahmati Allah selalu.



1 hb November ni adalah tarikh yang mendebarkan bagi calon-calon yang bakal menduduki Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik)gred M41 Malaysia bagi tahun 2014.

Adakah anda salah seorang calon terbabit?



Ok la semalam saya mendapat satu email berkaitan tips-tips dan soalan contoh untuk peperiksaan ini.

Dan di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca Amnurhuda.Mana tau kan mungkin salah sorang dari anda bakal menduduki peperiksaan ini.

Kalau bukan anda,mungkin ada ahli keluarga anda ataupun saudara mara,rakan taulan yang akan mengambil exam ni.

Jadi apakata kita membantu mereka untuk menghadapi peperiksaan ini.

Mungkin dengan perkongsian ini mereka akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan PTD tu nanti.

Untuk pengetahuan anda,seramai 77,000 yang layak untuk mengambil SPA Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) tahun ini berbanding hanya 60,000 lebih sahaja pada tahun lepas.

Nampaknya tahun ni lagi mencabar la yer,saingan pun semakin sengit.

Jadi anda kenalah berusaha gigih untuk berjaya dalam exam ni.

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sila klik di bawah untuk mendapatkan contoh-contoh soalan dan tips bagi membantu anda menghadapi Peperiksaan PTD nanti. 



Antara checklist yang anda patut buat untuk exam PTD. 

#Checklist Exam PTD#

1. Buat latih-tubi sebanyak mungkin dan baca pengetahuan am, berita, isu-isu semasa Malaysia dan di luar negara


Antara website yang penting ialah 

http://www.utusan.com.my atau http://www.parlimen.gov.my atau http://www.arkib.gov.my atau http://pmr.penerangan.gov.my (Malaysia) dan http://www.bbc.com (Luar Negara).


2. Semak semula jadual Exam PTD

Pastikan tarikh exam betul iaitu, 1 November 2014, bermula pukul 8.00 malam sehingga pukul 10.10 malam secara online. Tulis dalam Note di handphone, buat alarm reminder.


3. Kalau ada yang menghadapi masalah server ketika exam, sila refresh sampai boleh (ikut pengalaman calon tahun lepas) dan pastikan guna Internet Explorer yang telah dikemaskini.


Jika anda nak baca lebih lanjut checklist penuh yang perlu disemak, anda boleh baca di sini.




Jika anda rasa entry kali memberi manfaat kepada anda,mohon tekan LIKE agar ianya dapat dikongsikan dengan  lebih ramai sahabat-sahabat diluar sana.

Terima Kasih.
Jumpa lagi.





0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution