Social Icons

Tips Lulus Exam PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik) 2014 & Contoh Soalan.


Assalamu'alaikum.

Salam sejahtera buat semua pembaca yang sangat saya sayangi.

Semoga kalian di rahmati Allah selalu.



1 hb November ni adalah tarikh yang mendebarkan bagi calon-calon yang bakal menduduki Peperiksaan PTD (Pegawai Tadbir Diplomatik)gred M41 Malaysia bagi tahun 2014.

Adakah anda salah seorang calon terbabit?



Ok la semalam saya mendapat satu email berkaitan tips-tips dan soalan contoh untuk peperiksaan ini.

Dan di sini saya ingin berkongsi dengan pembaca Amnurhuda.Mana tau kan mungkin salah sorang dari anda bakal menduduki peperiksaan ini.

Kalau bukan anda,mungkin ada ahli keluarga anda ataupun saudara mara,rakan taulan yang akan mengambil exam ni.

Jadi apakata kita membantu mereka untuk menghadapi peperiksaan ini.

Mungkin dengan perkongsian ini mereka akan lebih bersemangat dan bersedia untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan PTD tu nanti.

Untuk pengetahuan anda,seramai 77,000 yang layak untuk mengambil SPA Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) tahun ini berbanding hanya 60,000 lebih sahaja pada tahun lepas.

Nampaknya tahun ni lagi mencabar la yer,saingan pun semakin sengit.

Jadi anda kenalah berusaha gigih untuk berjaya dalam exam ni.

Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Sila klik di bawah untuk mendapatkan contoh-contoh soalan dan tips bagi membantu anda menghadapi Peperiksaan PTD nanti. 



Antara checklist yang anda patut buat untuk exam PTD. 

#Checklist Exam PTD#

1. Buat latih-tubi sebanyak mungkin dan baca pengetahuan am, berita, isu-isu semasa Malaysia dan di luar negara


Antara website yang penting ialah 

http://www.utusan.com.my atau http://www.parlimen.gov.my atau http://www.arkib.gov.my atau http://pmr.penerangan.gov.my (Malaysia) dan http://www.bbc.com (Luar Negara).


2. Semak semula jadual Exam PTD

Pastikan tarikh exam betul iaitu, 1 November 2014, bermula pukul 8.00 malam sehingga pukul 10.10 malam secara online. Tulis dalam Note di handphone, buat alarm reminder.


3. Kalau ada yang menghadapi masalah server ketika exam, sila refresh sampai boleh (ikut pengalaman calon tahun lepas) dan pastikan guna Internet Explorer yang telah dikemaskini.


Jika anda nak baca lebih lanjut checklist penuh yang perlu disemak, anda boleh baca di sini.




Jika anda rasa entry kali memberi manfaat kepada anda,mohon tekan LIKE agar ianya dapat dikongsikan dengan  lebih ramai sahabat-sahabat diluar sana.

Terima Kasih.
Jumpa lagi.





Set Rambut Shaklee


Assalamu'alaikum.

Hii semua,sihat ke?Saya doakan anda semua sihat selalu,dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Pagi semalam ada seorang customer ni bertanya tentang supplement untuk rambut.

Kata beliau,rambutnya banyak sangat gugur.Dah tu berkelumumur pula.
Tak de sapa yang suka bila rambut gugur kan..

Sebenarnya Shaklee memang ada produk khas untuk penjagaan rambut.

Namun saya sendiri kurang fokus untuk produk tu sebab saya sendiri belum mencubanya.

Saya lebihkan kepada vitamin dan supplement untuk kesihatan tubuh badan kita.

Ternyata masih ramai yang mengambil berat tentang kesihatan rambut.

Ye la rambut tu kan mahkota tambah-tambah lagi bagi wanita.

Bila dah ada orang tanya maka wajib la saya jawab kan,so..pencarian pun bermula.

Saya bertanya dalam group MFMS tentang produk ni,saya google mencari info2 berkaitan dan juga testimoni-testimoni pengguna produk ni.

Kiranya nak jawab soalan pun bukan main hantam jer..kena study la dulu...tambah-tambah kalau kita sendiri belum merasai kehebatan sesuatu produk tu.

Kalau produk yang kita dah biasa guna tak de masalah la..senang citer kan sebab kita dah rasa.

ok saya harap customer ni berpuas hati dengan apa yang telah sampaikan kepada beliau.

Di sini saya nak kongsikan juga bersama pembaca-pembaca Amnurhuda tentang set penjagaan rambut Shaklee ni.

Semoga bermanfaat buat semua.Kepada yang mempunyai masalah seperti customer ni boleh la cuba set shaklee ni,lagipun ianya bebas dari bahan kimia.

Shaklee memang sentiasa selamat,sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi.

Jadi...Gunalah tanpa was-was.

Set Penjagaan Rambut Shaklee



1.Long Lasting Finishing Spray

-"Medium hold" memastikan gaya rambut tidak berubah.

-Memberikan perlindungan uv

-Menguruskan rambut yang dikeriting halus dan rambut yang mudah kusut.

2.Revitalizing Shampoo

-Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut.

-Sistem pembersih yang lembut dan berpaten.

-Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala rambut tanpa terlalu melembabkan atau mengeringkannya.

3.Lightweight Conditioner

-Melicinkan dan melembabkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit.

-Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat,berkilat dan sihat.

-Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus.

4.Puryfying Shampoo

-Membersih dengah menyeluruh,menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut,pengumpulan mineral dan bahan-bahan tercemar persekitaran lain.

-Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut.

-Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat,rambut juga tiada berkelemumur .

5.Replenishing Conditioner

-Perapi dan pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut.

-Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut bercabang.

-Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi.

6.Nourishing Scalp Treatment

-Menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah di serap oleh kulit bagi melancarkan peredaran,menentang faktor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.

Ok yang kat atas tu adalah set penjagaan rambut dibilik mandi dan sesuai untuk mereka yang tak suka nak telan pil.

kalau anda tak de masalah dengan pil atau lebih suka memilih supplement untuk di telan shaklee juga menyediakan rawatan rambut dari dalam.



1. Zink
2. ESP
3. B Complex 

Jadi lepas ni anda yang menghadapi masalah rambut gugur dan juga kelemumur boleh la mencuba set penjagaan rambut Shaklee.


Testimoni Pengamal Set Penjagaan Rambut Shaklee.










Setakat ini dulu perkongsian saya.Saya harap ianya sedikit sebanyak membantu mereka yang mempunyai rambut yang bermasalah.

Dengan set penjagaan rambut Shaklee,in sha Allah anda akan mencapai rambut yang sihat dan cantik.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Selamat mencuba.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



Atasi Masalah Ketika Kehamilan


Assalamu'alaikum...

Salam sejahtera kepada semua yang membaca blog Amnurhuda.

Saya doakan anda semua sentiasa bahagia,sihat dan dilimpahi rezeki yang halal.

Tahun ni alhamdulillah rezeki saya hamil anak ke 4.


Kali ni saya hamil semasa saya dah pun join Shaklee,jadi tentulah saya pilih vitamin dan supplement Shaklee untuk memastikan keperluan nutrien bagi saya dan kandungan saya sentiasa mencukupi.

Sebelum ni saya tak pernah mengamalkan sebarang supplement ketika hamil mahupun selepas bersalin.

Patut la dulu time hamil je,saya asyik penat jer.Lenguh kaki tangan tu suami la jadi mangsa(jd tukang urut).

Pening dan meloya tu biasa la,ini kes pagi-pagi.

Tapi kali ni ni alhamdulillah,setakat saya menulis ni saya hamil 7 bulan,saya belum ada masalah muntah2.

Syukur sangat saya dapat menjalankan urusan rumahtangga dengan sempurna.

Sakit Pinggang

Sakit pinggang saya tak ingat time kehamilan pertama dan kedua,tapi kehamilan ketiga memang jadi kenangan.Sakit sampai nangis-nangis..yang ni saya ada cerita kat sini.


Masa bersalin anak ke tiga,saya ada beli set bersalin tapi sampai kesudah tak guna sebab anak kena kuning sampai sebulan.

Masa berpantang saya berlalu tanpa sebarang ubat dan jamu.Rugi rasanya...

Pssst...tahu tak kalau Set bersalin Shaklee boleh teruskan makan walaupun anak kena kuning kecuali Alfalfa,kena stop dulu.Inilah salah satu kelebihan Shaklee.

Kali ni saya alami juga sakit bahagian bawah pinggang,tapi alhamdulillah tak lama.Saya cuba atasi masalah ini dengan pengambilan Ostematrik sebelum tidur setiap malam.

Akhirnya ia hilang sendiri.Saya ada bagitau doktor tapi apa yang disyorkan hanyalah Panadol.Dia bagi sepapan tapi saya makan sebiji je,pastu tak nak la.

Biarlah saya makan supplement yang lebih semulajadi je daripada telan ubat yang mengandungi dadah.

Bukankah saya dah ada pilihan sekarang?Kalau dulu mungkin saya telan je apa yang doktor bagi.Janji tak sakit kan...lepas tu bila sakit telan lagi.

Sekarang saya dah kenal Shaklee,vitamin dan supplement semulajadi.

Jadi,kali ni saya akan cuba memberi yang terbaik buat diri sendiri dan juga kandungan saya.

 Sakit gigi

Dulu time hamil mesti ada juga walaupun sekali sakit gigi menyerang.

Sakit gigi memang menyeksakan,tak caya tanyalah sapa pun.


Bila sakit gigi,orang tanya soalan apa pun rasa nak marah je,orang bising2 pun kita yang stress.

Itu masa tak hamil,kalau time hamil ni lagi la terasa stressnya.Fuhh..kena kuat sabar waktu ni.(Sekarang ni kalau stress,telan B Complex jer.)

Kalau pergi jumpa doktor pun,dapat ubat tahan sakit je la,nak cabut memang tak boleh punya sebab gigi tengah sakit.

Sebab tu masa pregnant anak ke tiga saya dah cabut gigi yang rosak sebelum saya hamil lagi,sebab memang saya rancang nak hamil dan saya tak nak terjadi macam dulu lagi.

Hamil kali ni saya tak sempat service gigi dulu dah terhamil..hehe,tapi saya cabut juga gigi ketika hamil 5 bulan atas nasihat doktor.Boleh baca kisah saya cabut gigi kali ni kat sini.

Alhamdulillah hamil kali ni,tak de sakit gigi walaupun ada lagi gigi yang rosak.Sepatutnya nak cabut juga tapi saya tak pergi dah klinik.

Pitam.

Dulu sewaktu hamil saya tak boleh berdiri lama2 dan dikhalayak ramai.

Ini pernah berlaku ketika meeting sewaktu kerja dikilang.

Saya akan mula terasa berpinar mata,peluh dingin mula membasahi tubuh,saya akan lari ke tandas dan muntah.


Rasa teruk sangat keadaan macam tu,penat.Saya rasa nak pitam.

Macam tu juga bila beratur panjang di tempat awam seperti klinik.

Bila saya dah alami sekali,saya takkan ulang benda yang sama.

Saya hanya duduk dan suami beratur ambil nombor,ini cerita ketika hamil anak sulong dan anak kedua.Masa tu saya berulang alik ke Klinik Kesihatan Puchong.

Saya memang tak tahan beratur panjang,apalagi kena berdiri.

Sama juga kalau saya masuk kedai ikan yang penuh dengan orang.Saya akan lari keluar tinggalkan suami sorang-sorang pilih ikan.

Hb rendah

Masalah ni rasanya ramai ibu-ibu hamil yang melaluinya.


Saya tak ingat masalah ni untuk anak pertama hingga ke tiga.Rasanya tak de masalah kut.

Tapi hamil kali ni masa awal kandungan hari tu hb saya rendah. 

Namun sebulan lepas tu dah ok,untuk hb rendah ni saya amalkan vitalea.Alhamdulillah.

Setakat ni alhamdulillah hb saya semakin normal dan cantik setiap bulan.

Baca cerita tentang Hb rendah di sini.

Sejak saya bersama Shaklee,saya rasa saya lebih mengutamakan kesihatan diri dan keluarga.

Saya dah sedar sesungguhnya sihat itu cukup indah dan ianya lebih banyak  di sedari oleh mereka yang terlantar sakit.Betul tak?

Kalau tak percaya cuba la sakit...pahtu tanya kepada diri anda apa yang anda betul2 nak saat itu.Pastinya anda nak cepat sihat kan?

Sebab tu ada orang cukup takut nak pegi hospital apalagi kalau kena tahan di wad.

Tapi kalau dah sakit,kita tak nak pegi pun,family kita akan bawa juga kita pergi kan..sebab apa?sebab nak tengok kita sihat la.

Ha kalau takut nak masuk hospital,jagalah kesihatan anda dari sekarang.

Amalkan gaya hidup yang sihat.Hidup pun lebih ceria bersama keluarga.

Saat ini saya hamil 7 bulan.Alhamdulillah perjalanan kehamilan kali ini terasa lebih baik bila saya ditemani supplement Shaklee.

Nak tahu  supplement apa untuk ibu hamil sila baca di sini..SET IBU HAMIL.

Semoga kelahiran kali ini di permudahkan dan semuanya selamat.Doakan saya yer.


Terima kasih kerana sudi membaca perkongsian saya kali ini.

Semoga bermanfaat buat semua.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




Herbal Blend Multipurpose Cream


Assalamu'alaikum.

Hari ni saya nak berkongsi tentang kelebihan satu lagi produk shaklee tetapi kali ni berbentuk krim.

Krim ni diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi termasuk sage,horse chestnut yarrow dan rosemary.

Ok sekarang saya memperkenalkan krim tersebut.Jeng jeng jeng...Inilah dia 'HERBAL BLEND MULTIPURPOSE CREAM'.


Bila sebut multipurpose ha maknanya pelbagai guna la kan..

Jom kita tengok apa yang bestnyer krim ni.


Kelebihan krim Herbal Blend

-Melembutkan kulit yang kasar dan pecah2 seperti di siku atau di tumit.

-Masalah ruam

-Masalah gatal-gatal

-Demam panas(sapu ke seluruh badan)

-Hilangkan parut demam campak

-Memecahkan lemak...urutkan di bahagian perut.

-Kulit melecet

-Gigitan serangga

-Sebagai losyen harian

-Untuk kulit yang kering

-Terkena minyak panas.




Apa yang bestnya krim ni tak berminyak.Mesti ramai suka.

Testimoni pengguna.














 Sekarang saya pun dah mula jadikan krim Herbal Blend ni sebagai benda yang wajib ada kat dalam rumah ni.


Tak rugi memiliki krim Herbal Blend ni sebab satu family boleh dapat manfaat darinya bermula dari baby hinggalah warga tua.

Lepas ni pastikan anda pun dapatkan krim ni buat spare kat rumah ataupun dalam kereta ker,dalam handbag ke.

Senang digunakan tambah2 lagi kalau ada anak-anak kecil.

Mulai sekarang bertukarlah kepada krim herbal Blend kerana ianya diperbuat daripada tumbuhan dan yang penting kandungannya tiada bahan kimia.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution







Kisah Katak Pekak


Assalamu'alaikum.

Salam sejahtera buat semua.Semoga kalian sentiasa di dalam lindungan Allah selalu.

Pembaca yang di kasihi...

Pernah dengar tak kisah katak pekak?Ha kalau belum pernah dengar lagi ataupun dengar tajuk je,hari ni saya cuba kongsikan kisah ni.

Kisah katak pekak ni adalah satu kisah motivasi untuk orang-orang yang sedang berusaha nak berjaya.

Jom kita baca dulu..

Alkisah satu cerita...

 kisah motivasi Si Katak.

 

Dahulu kala ada sekumpulan katak yang tengah mengadakan pertandingan memanjat dinding.

Siapa yang dapat sampai ke atas adalah dinobatkan sebagai pemenang.

Jadi banyaklah katak2 yang masuk pertandingan ini. Katak2 yang lain menjadi tukang tengok dan tukang sorak aje.

Jadi pertandingan pun bermulalah dan katak2 bertanding mula memanjat dinding. 



Katak2 yang di bawah pun mulakan sorak kasi semangat dan ada jugak yang mengutuk.

"Eh dah lah, memang payah nak panjat dinding tu.. engkau memang tak dapat panjat sampai ke atas nye."

"Tengok tu, surenya dorang tak akan sampai ke atas pasal dinding tu tinggi"

Setelah beberapa seketika, satu-satu katak2 yang memanjat tu jatuh ke bawah. Katak2 yang bersorak lagi lah suka dan siap kutuk lagi..

 

"Tak ada sekor pun boleh sampai ke atas dinding tu...percayalah cakap kami...memang payah..kamu dah penat tu..buat membazir tenaga aje".

Akhirnya, semua katak2 yang memanjat dinding tu mengalah dan jatuh ke bawah melainkan seekor katak yang kecik aje badannya.
 

Masa katak2 lain sibuk jatuh ke bawah, dia steady aje panjang dinding tu lagi tinggi lagi…dia tak give up sehingga dia sampai ke atas dinding yang dipanjat. Dia telah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan.

Semua katak2 yang lain hairan macamana katak yang kecik ni boleh jadi pemenang ye..kalau nak tengok size memang tak ada harapan langsung..

Jawapannya adalah, katak kecik ni PEKAK!!!!



Apa yang kita boleh belajar dari kisah katak pekak ni?

Dalam usaha untuk mencapai kejayaan memang banyak halangan dan ujiannya.

Untuk berjaya kita kena kuat dan tabah,kita kena jadi macam katak yang pekak.


Pelbagai kata-kata negatif yang akan kita terima di sepanjang usaha kita.Kalau kita layan maka habislah semangat kita.

Jatuhlah kita sepertimana katak-katak yang gagal tadi.

Jadi..nak berjaya biar kita jadi katak pekak.Pedulikan apa kata orang terhadap usaha kita,yang penting kita yakin dengan diri kita sendiri.


Kita yakin kita boleh,kita terus melangkah.

Kita percaya sebelum berjaya.

Kita pasti berjaya!! 

Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.
Hayati kisah hebat dalam ebook ini bagaimana Seorang Engineer terpaksa berhenti kerja  selepas 6 bulan buat bisnes dan sekarang mengenggam pendapatan  5 angka setiap bulan.
---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee

Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution




Balik Beraya 3


Assalamu'alaikum.

Sebelum ni saya dah citer pasal balik kampung Kelantan dan juga kisah hari raya.

Kalau belum baca anda boleh baca disini:

Balik Beraya 1

Balik Beraya 2

Ok hari ni saya nak citer pasal raya lagi,seperti yang dijanjikan hari raya ke2 kami nak pergi beraya kat Kampung Jelor.

So,jom kita pergi Kampung Jelor yang terletak dalam daerah Pasir Puteh.

Seingat saya kali pertama saya ke Kampung ni 10 tahun yang lalu.Masa tu anak sulong saya masih baby.

woww..lama bebeno kan..hihi,camna nak kenal adik beradik kalau camni.

Suami tak ingat jalan,harapkan mek semata-mata..mek pun ingat2 lupa..hehe

Maka mencari lah kami,bertanya orang dan akhirnya berjaya masuk Kampung Jelor.

Nak cari rumah tak dak masalah la sebab mek memang tahu.

Beraya di Kampung Jelor


Maka sampai la kami di rumah yang pertama,rumah Mak su Pah.

Mak su ni ramah.Seronok dengar dia bercerita.Ada juga yang tak berapa nak pahe tu..hihi tapi buat2 paham pi lah. 
Maksu bersama cucunya

Yang ni Mak ngah,dia dari Pahang.

Alamak! yang ni saya lupa la..hehe

Seronok Kayyis bermain ngan cucu maksu,tak sabar nak tunggu adik sendiri.



Kami makan tengahari,then solat zohor kat rumah maksu.

Kat rumah maksu ni meriah sikit,anak2 ramai yang ada,kalau balik semua ada 13 orang anak maksu,tapi maksu ni nampak muda lagi la..

Sebelum balik sempat lagi bergambar kenangan dengan maksu dan anak-anak.






ye la bukan selalu jumpa,kalau ada gambar in sha Allah lain kali jumpa ingat juga wajah2 ayu ni..hehe

Selesai bergambar  kami teruskan lagi ke rumah ke2 ,ke3 dan ke4..hehe

Yang ni saya tak de apa nak dikongsikan sebab rumah yang lain tu kejap jer,malah yang ke 4 tu saya dengan mek je turun.

Anak buat perangai tak nak turun dah,ajak balik.So suami terpaksa tunggu dalam kereta bersama anak.

Ambik angin di pantai

Dalam perjalanan balik teringin plak nak meronda di pantai.Tengok signboard Pantai Tok Bali,pusing2 terlepas ke Pantai Perkasa..tak kisah la pantai mana pun ,janji pantai juga.

Mek tak nak turun,katanya penat dah.Dia nak duduk dalam kereta je.

Kami je la yang turun berjalan ditepian pantai.

Saya tak suka mandi laut,saya takut.Tapi saya suka lihat keindahan dipantai.

Antara gambar yang sempat di snap masa kat pantai ni..












Kesian kat mek lama2 dalam kereta,kami pun meninggalkan pantai,nak pergi masjid plak.

Lagipun  waktu asar dah masuk,saya dan suami dah buat jamak qasar,jadi kami tunggu mek pula solat sebelum kami meneruskan perjalanan.

La ni nak cari kedai plak,nak makan dah lapar ni..hihi.

Sudah makan baru kita balik Manik Urai.
 
Dah malam baru kami sampai rumah,jalan jem teruk juga tadi,penat la..

Mandi dan solat dulu,pastu boleh tidur.

Sebelum tu telan Ostematrik 2 biji dulu sebelum tidur.

Ok boleh berehat. 

Esok jumpa lagi.


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution