Social Icons

Bestnyer Minum Air Gula Ketika Hamil


Assalamu'alaikum...

Haiii semua...sihat ke hari ni?Saya harap semua sihat disamping tugas harian dan juga disamping insan-insan tersayang.

Saya alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati kesihatan yang terindah ini.

Hari ni saya kena pergi Klinik Kesihatan untuk memenuhi jemputan khas yang saya terima 2 minggu lalu.

Jemputan ni untuk sarapan pagi je...hehe.Dah tu ada syaratnya iaitu saya kena berpuasa dulu bermula jam 10 malam semalam.

Hmm ibu-ibu hamil yang pernah alami situasi ni tak cerita pun dah tau kan..hehe,inilah kenangan termanis ibu hamil...haha jangan marah no tapi memang manis sebab kena minum air gula.

Dalam pukul 8 saya dah sampai klinik,tunggu kejap sebelum dipanggil.

Sebelum di beri minum air gula misi akan ambik darah dulu.Lepas tu baru minum air gula.

segelas air gula,mmm sedapnyer hihi

Alhamdulillah berjaya habiskan,bilas tekak dengan air masak plak.

Selepas 2 jam minum air gula,darah akan diambil sekali lagi.

Ujian ni adalah untuk menentukan samada ibu hamil ada masalah kencing manis ke tak ada.

Diawal kehamilan hari tu,saya dah lalui proses ni,kali ni di lakukan sekali lagi di saat kandungan berusia 7 bulan.

Saya harap saya selamat dari masalah kencing manis ketika hamil ni sebab saya pernah mengalaminya ketika kehamilan anak kedua.Namun ianya hilang selepas melahirkan.

Doakan saya yer kawan-kawan.

Setakat ni kesihatan saya alhamdulillah tak de masalah apa sepanjang kehamilan ni.Lagipun saya ada supplement Shaklee yang banyak membantu saya melalui tempoh hamil kali ini dengan lebih baik.

Selepas minum air gula tadi,saya tak boleh buka puasa lagi,kena tunggu 2 jam lagi untuk ambil darah sekali lagi.Lepas tu baru boleh balik dan berbuka puasa.

Sebenarnya lapar juga,tapi masih bersabar.Dalam tempoh 2 jam tersebut macam biasa la,timbang berat badan dulu,check air kencing dan seterusnya berjumpa doktor.

Alahai hari ni doktor lelaki plak bertugas,selalunya doktor perempuan.Dengar kabar dia sedang bercuti terpaksa la diganti dengan doktor lelaki ni.

Dah selesai berjumpa doktor,siap scan perut dan dengar denyutan jantung baby,alhamdulillah tak de masalah,semua ok.

Kena tunggu cukup 2 jam la nak ambik darah ni.Orang boleh tahan ramai juga,doktor sorang je..dah tu ambik masa yang lama untuk seseorang patient.

Mula la terdengar keluhan demi keluhan ibu hamil yang dah penat menunggu.Kesian kan..ada yang berpantang dan bawa baby lagi.




Semuanya nak jumpa doktor.Suasana macam ni la yang menguji kesabaran kan,ye la ada setengah tu datang dari tempat kerja.Diorang ingat nak keluar kejap je tapi bila keadaan macam ni terpaksa la menghabiskan masa yang lebih panjang di klinik.

Maka terdengar la lagi.."kalau macam ni nak minta mc la sat gi kat doktor..."

Hehe saya senyum jer.Alhamdulillah saya suri rumah,tak de terikat dengan majikan.

Saya tak payah mc.Apapun saya tetap ada tugas saya sebagai isteri,sebagai anak dan juga sebagai ibu.

Dan saya bahagia dengan situasi saya sekarang.

Hmm dah cukup 2 jam,nama pun dipanggil.Ambil darah sekali lagi..misi cakap urat tangan saya timbul elok,so senang nak cucuk.

Lega rasa dah selesai,tak sabar nak balik..laapar..huhu

Ok boleh balik..boleh makan.Apalagi sampai je rumah belasah la cucur udang yang saya buat pagi tadi tapi sekadar tengok je..hehe.

Dah kenyang..tangan mula terasa lenguh mungkin sebab kena cucuk nak ambik darah tadi,dua-dua belah plak tu.

Rasa macam nak tidur je,tapi dah pukul 11 ni.
kalau saya tidur,bila pula nak memasak ni.


Tak pa la saya memasak dulu,lepas tu saya tidur merehatkan badan.

Sebenarnya lain orang lain pula pendapatnya tentang minum air gula ni,ada yang ok je,ada yang sampai muntah-muntah bila kena minum air gula ni.

Apapun procedur terpaksa dijalankan juga.Bagi saya kalau diberi pilihan memang la saya pun tak nak minum air gula ni,tapi saya fikir positif jer.Nak tak nak kena lalui juga.

Tak payah la takut sangat,atau berfikir sampai tidur termimpi-mimpi kena minum air gula.

Relax je,bukan suruh minum racun pun kan...hehe jangan la marah.Apapun berdoalah semoga Allah permudahkan urusan kita bila kena minum air gula ni.

In sha Allah bila kita fikir positif,kita akan lebih mudah menghadapinya.

Percayalah...Anda boleh buat!Minum air gula bukan masalah besar.

Terima ia sebagai sesuatu untuk kebaikan anda dan kandungan anda.In sha Allah segalanya akan berlalu jua.

Sekian perkongsian saya kali ini.Terima kasih kerana sudi membaca.

Semoga bermanfaat buat semua.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution







10 Sebab Meal Shake Penting Untuk Anak Kita


Assalamu'alaikum.

Salam sejahtera buat semua pembaca.Harap kalian sentiasa murah dengan senyuman.

Semoga kalian sentiasa dirahmati Allah.

Sebelum ni saya ada bercerita tentang Meal shake dan kebaikan-kebaikan yang kita boleh perolehi darinya.Anda boleh baca kat sini.

Meal Shake penting buat anak-anak kita?

Ya memang Meal Shake penting untuk anak-anak kita kerana ianya memberi lebih daripada apa yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.


Meal Shake ni sebenarnya bukan je untuk anak-anak tapi ianya sesuai untuk seisi keluarga terutamanya bagi mereka yang tak suka telan supplement berbentuk pil. 

Jadi bagi yang tak suka telan pil,boleh la pilih Meal Shake kerana Meal shake menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.



Jom kita tengok ada 10 sebab kenapa Meal Shake dikatakan begitu penting dan diperlukan untuk pembesaran anak-anak.


 #1.Karbohidrat

Anal-anak kita sekarang tak sama macam zaman kita dulu,sekarang ni mereka lebih sibuk berbanding usia mereka.

Sekolah pagi,sekolah petang,sibuk bersukan,aktiviti kokorikulum lagi.

Kadang-kadang malam pun ada lagi,kelas tuisyen ataupun kelas Qiraati.

Mesti diorang letih kan.

Jadi kita kena la pastikan mereka sentiasa kekal cergas dengan membekalkan nutrisi secukupnya buat mereka.

Meal Shake la jawapannya sebab Meal Shake mengandungi karbohidrat dengan Glisemik Indek Rendah untuk mengekalkan tenaga anak-anak kita sepanjang hari.





#2.Protein

Meal Shake adalah lengkap dengan 9 amino acids yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikian tisu badan.

Dengan protein yang mencukupi,anak-anak kita dapat membesar dengan lebih sihat dan proses pemulihan tisu-tisu yang rosak menjadi lebih cepat.


#3.Vitamin A,C dan E

Meal Shake mengandungi vitamin ini sebagai antioksidan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.

Jadi..kulit pun tak de la mudah sensitif dan jadi lebih halus je.Sel-sel baru dalam badan pun dapat tumbuh dengan lebih baik.


#4.Serat

Salah satu masalah anak-anak kita ialah kurang minum air.Bila air kurang dalam badan,maka mudah la dapat sembelit.

Kesian tau bila tengok anak-anak yang sembelit.Teruk sangat rasanya..bagai dihiris sembilu hati ibu..huhu

Tapi in sha Allah dengan Meal Shake dapat membantu penghadaman dan mengelak terjadinya sembelit.


#5.Vitamin B

Vitamin B yang terdapat dalam Meal Shake membantu meningkatkan daya fokus dan perhatian yang lebih anak-anak kita terutamanya ketika dalam kelas.

Ia juga mememelihara kesihatan sistem saraf.



#6.Sodium dan Magnesium

Dalam Meal Shake terdapat Sodium dan magnesium yang menjaga keseimbangan cecair dalam badan anak-anak dan ianya akan mengurangkan keletihan.


#7.Vitamin C

Anak-anak yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah akan mudah mendapat demam dan selsema.

Vitamin C dalam Meal Shake sangat penting untuk kesihatan gusi,gigi dan kulit serta menentang infeksi kuman.



#8.Vitamin A

Meal Shake juga mengandungi vitamin A yang mampu menjaga kesihatan mata anak-anak kita.
Ini dapat mengelakkan anak-anak kita menjadi cepat rabun diusia muda mereka.


#9.Kalsium dan Vitamin D

Meal Shake mengandungi kalsium yang amat-amat diperlukan oleh anak-anak kita untuk kesihatan dan perkembangan tulang yang sihat.

Dan Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum.


#10.Iron dan B12

Iron ataupun zat besi dan juga B12 adalah amat penting untuk pembinaan sel-sel darah merah.

Kekurangan iron dan B12 akan menyebabkan anak-anak kita kelihatan letih dan pucat dan keadaan akan membawa kepada gejala anemia(kurang darah merah).

Ha itulah 10 sebab mengapa Meal Shake menjadi amat penting untuk pertumbuhan dan pembesaran anak-anak kita.

Meal Shake memang pilihan bijak para ibu buat anak-anak.




 
Sekarang kita dah tahu kan Meal Shake ni memang bagus.

Bulan ni pula ada promosi,jadi..jangan lepaskan peluang ni. 

PROMOSI SEPT - OCT 2014!!

MEALSHAKES BELI 3 PERCUMA 1!!

Jimat berbaloi-baloi!!



Dengan setiap pembelian Set Promosi Beli 3 Percuma 1, Shaklee akan menyumbangkan 10% daripada jualan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. 

Jom sama-sama MEMBELI sambil MENYUMBANG!!

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


Atasi Hb Rendah ketika hamil


Assalamu'alaikum.

Apa khabar semua?saya harap anda semua sentiasa didalam peliharaan Allah selalu.

Hari ni saya nak berkongsi tentang masalah yang boleh dikatakan ramai ibu hamil melaluinya iaitu masalah Hb rendah.

Tak terkecuali saya turut mengalami ketika awal kehamilan tempohari.

Seawal usia kehamilan saya 7 minggu saya sudah dikira Hb rendah iaitu 10.2g.

Alhamdulillah keadaan ni hanyalah permulaan saja sebab 2 minggu selepas tu Hb saya dah naik kepada 12.4g dan juga bulan seterusnya,syukur sangat. 
atas:minggu ke 7,bawah minggu ke 9


Apa itu HB?

HB ialah singkatan daripada perkataan Hemoglobin.

Hemoglobin merupakan protin didalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah  ke tisu2 dalam badan.

Ion besi dalam bentuk Fe+2 dalam hemoglobin memberikan warna merah pada darah.

Dalam keadaan normal 100ml darah mengandungi 15g hemoglobin yang mampu mengangkut 0.03g oksigen.

Paras hemoglobin yang rendah merupakan satu keadaan yang dikenali sebagai anemia.

Bacaan HB yang sesuai untuk ibu hamil ialah >11g/dl.
 

Sebab berlakunya anemia/HB rendah ketika hamil.

1.Kekurangan B12 dan folate

2.Mengambil diet yang kurang zat besi

3.'Morning Sickness'yang teruk

4.Hamil kembar atau lebih.

Kesan Hb rendah terhadap ibu hamil dan juga baby.

Kesan terhadap ibu
-Cepat letih,sesak nafas dan pening-pening
-Rasa nak pitam,jantung bergerak laju
-Rasa berdebar-debar
-Keguguran

Kesan terhadap kandungan
-Pertumbuhan janin terbantut
-Lahir sebagai bayi pramatang
-berat bayi lahir <2.5kg
-anak lemas semasa lahir
-Meninggal ketika dilahirkan.

Jadi kepada ibu hamil jangan pandang ringan terhadap kes Hb rendah ni kerana risiko yang datang bersamanya adalah serius.

Amalkan diet yang seimbang yang kaya dengan zat besi seperti mengambil:

-Sayur-sayuran hijau
-Daging merah
-kerang

-Hati ayam
-ikan bilis
-kismis.

Selain daripada pemakanan diatas,Hb juga dapat diperbanyakkan dengan pengambilan vitamin zat besi yang diberikan oleh doktor setiap bulan.

Selain itu ibu hamil juga boleh membuat pilihan dengan memilih vitamin shaklee yang ternyata lebih semulajadi untuk meningkatkan Hb.

Antara vitamin shaklee yang telah membantu ramai ibu-ibu hamil yang menghadapi masalah Hb rendah ni ialah Vitalea.

Vitalea mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.

Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

Maka...pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil amatlah penting.

Jika diet seharian tidak mampu membekalkan nutrisi selengkapnya kepada anda dan kandungan,anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. 

Ambillah supplement/vitamin yang 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.

Dan...Shaklee adalah pilihan tepat untuk saya dan kandungan.

Untuk mengetahui tentang supplement/vitamin yang lengkap untuk ibu hamil sila klik di sini.

Jom kita tengok testimoni ibu hamil yang dah menggunakan Vitalea untuk menaikkan hb mereka :










Semoga sedikit perkongsian hari ini memberi manfaat buat kita semua.

Terima kasih kerana sudi membaca.




---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution






UNTUNG KE RUGI



Assalamu'alaikum.

Salam sihat untuk semua.Semoga semakin hari kita semakin menyedari alangkah indahnya nikmat sihat dalam hidup ini.

Janganlah jadi orang yang rugi kerana tidak memelihara kesihatan yang Allah kurniakan sehinggalah kita kehilangannya suatu hari nanti.

Saat itu kehilangan amat menyiksakan.

Maka beruntunglah mereka yang sentiasa menitikberatkan kesihatan dalam kehidupan.

Anda nak untung ke rugi??


SIHAT ITU TERLALU INDAH

Semasa kita sihat inilah kita mesti sama-sama menghargai kesihatan tubuh badan.

Hargai diri sendiri dengan memberi apa yang tubuh badan perlukan.

Apalah sangat Rm100 jika dibandingkan dengan kita mendapat anugerah dan nikmat yang tak ternilai iaitu diberikan tubuh badan yang sihat.

Bila sihat duit pun bertambah,bukankah itu yang lebih penting berbanding jika sakit duit simpanan pun akan kehabisan jua akhirnya kerana kita tidak mampu lagi bekerja.

Sering  kita dengar ramai yang apabila umur meningkat macam-macam sakit datang,urat sendi tulang,kencing manis,darah tinggi,sakit badan dan macam-macam lagi la.

Lebih kurang 1001 penyakit bergantung kepada cara pemakanan individu itu sendiri.

Hanya jumlah kecil sahaja yang berjaya hidup sihat disebabkan gaya hidup dan cara pemakanan mereka yang sihat.

Adakah kita tergolong dalam sebilangan yang kecil ini?


Kenapa supplement penting?



Kata doktor,'mencegah lebih baik dari merawat'.Anda setuju?

Saya sangat setuju kerana apa,mencegah memerlukan kos yang sangat sedikit berbanding merawat.

Jika anda mencegah bermulanya hari ini,anda akan menjadi sebahagian orang2 yang sihat dan kaya.

Jika sebaliknya jadilah orang yang tidak sihat,perlu rawatan dan silap haribulan  terlantar dihospital dan kehabisan wang.

Akhirnya terpaksa meminta derma.

Persoalannya ada ke yang nak derma untuk diri anda,sedangkan masa anda sihat pun anda gagal menderma untuk diri sendiri(mengambil makanan kesihatan semasa anda sihat).


Adakah rakyat Malaysia lebih mementingkan imej dan gaya berbanding kesihatan ?


Sedarlah...

Untuk mencegah sebenarnya hanya memerlukan perbelanjaan yang sangat rendah.Kurang dari RM100 yang pasti anda mampu.


Akhir kata fikirlah sejenak apa yang terbaik untuk diri anda dan keluarga anda.


Sekiranya anda rasa entry kali ini memberi manfaat,sudilah kiranya anda menekan butang LIKE dibawah agar ianya berterusan memberi manfaat kepada yang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca.Saya doakan anda diberikan kesihatan yang baik disamping keluarga tercinta.

Sesungguhnya sihat itu anugerah terindah dalam kehidupan.


Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



 



Secebis Kisah Dan Airmata Keinsafan


Assalamu'alaikum.

Saya terbaca kisah ni dari blog seorang rakan,dan saya sendiri turut terharu dengan situasi dalam cerita ini.

Ternyata kita mampu mengubah diri kita berdasarkan siapa kawan kita.

Faktor kawan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita.

Sekiranya kita berkawan dengan kawan-kawan yang positif,in sha Allah kita juga akan terheret untuk menjadi lebih positif.

Begitulah sebaliknya sekiranya kita bergaul dengan kawan-kawan yang negatif.

Lama-kelamaan sifat negatif mereka akan meresap sedikit demi sedikit kedalam jiwa kita tanpa kita sedari.

Jadi pilih lah kawan yang tepat untuk masa depan yang lebih baik dan terjamin.

Seperti kisah di bawah,remaja tersebut berkawan dengan gurunya yang alim,alhamdulillah.

Cuba bayangkan kalau dia bersama kawan yang negatif.

Tentu kisahnya berbeza kan...saya suka kisah ni,jadi saya nak sebarkannya agar ianya menjadi pengajaran berguna buat semua.

Secebis Kisah Dari Al-Azhar, Kaherah


Seorang guru yang separuh umur berjalan-jalan santai bersama seorang remaja, salah seorang di antara murid-muridnya di sebuah taman.

Di sela-sela waktu terdengar ketawa kecil anak remaja tersebut

Mereka kelihatan sebagai kawan yg sangat akrab walaupun dgn perbezaan usia yg sangat zahir.

Inilah keistimewaan seorang murabbi yg ikhlas.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang dan hampir reput bersama beberapa barangan peribadi tukang kebun yg usang.

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul:

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut.. Jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! He he”

Guru yang alim dan bijak itu menjawab:

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yg susah. Kamu kan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang tu? "

"Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun tu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan utk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40 an, bajunya basah dgn peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang tinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun.

Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir2 pucat melihat wang yg lebih banyak!!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang disekitarnya.. mungkin nak bertanyakan sesuatu..

Beliau mendapati dirinya kesaorangan!!

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah Ar Razzaq (Pemberi Rezeki)

“Aku bersyukur kepada-Mu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Tahu, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa2 pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri dari kecelakaan ini ya Allah".


Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara:

“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yg kehilangan barangan?”

Pemuda itu segera menjawab,

“Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang aku baru faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku:

“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil”.


Gurunya melanjutkan

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam:

Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas
dendam, adalah suatu pemberian.

• Mendo’akan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

• Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

• Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian lagi.

*Ini semua adalah pemberian dari Allah, supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang-orang berada sahaja.


Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Semoga kisah ini memberi manfaat kepada anda pada hari ini :)


Terima kasih kerana sudi membaca. 





Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution



 


Jangan Mudah Mengalah



Assalamu'alaikum.

Hujan je sekarang ni,musim hujan agaknya.

Saya harap semua pembaca blog Amnurhuda sentiasa sihat.

Jangan lupa jaga kesihatan yer.

Saya jumpa cerita ni dari perkongsian seorang sahabat di facebook.

Dan hari ni saya nak share cerita ni kat blog saya agar ianya dapat memberi motivasi dan manfaat kepada orang lain juga.

Mungkin kita boleh ambik sedikit ikhtibar dari cerita ni terutamanya bagi mereka yang dah lama berusaha tapi belum menikmati hasil yang memuaskan.

Bersabar la dan teruskan berusaha.

Anda takkan gagal selagi anda tak berhenti dari berusaha.

Jom kita ikuti cerita pendek ini.
----------------------------------------

  " Ahmad adalah seorang pengetuk batu. Kerja Ahmad adalah mengetuk batu dengan tukul besar sehingga hancur.

Ahmad adalah seorang yang rajin. Tiap-tiap hari selepas subuh Ahmad akan keluar bekerja mengetuk batu.

Sebelum maghrib dia akan sampai dirumah. Ahmad seorang yang rajin dan penyabar. Sangat komited dan istiqamah.

Pada suatu hari Ahmad tengok ada seorang hamba Allah telah memecahkan batu menggunakan satu alat yang dinamakan 'jack hammer'.

Hamba Allah tu berjaya memecahkan batu yang Ahmad mampu ketuk dalam masa sehari hanya dalam masa satu jam.

Ahmad adalah seorang yang rajin dan Ahmad selalu rasa dia adalah antara seorang yang paling rajin dalam dunia ni.

Tapi ada orang lain yang tak rajin tapi dapat hasil 20 kali ganda darinya.. "

--------------------------------------------
Ilmu dan mentor itu penting untuk berjaya

Berbalik kepada cerita asal, jika kita dah buat yang terbaik tapi tak jadi-jadi juga tu bermakna kaedah atau cara yang anda rasa sempurna itu sebenarnya bukan kaedah yang sesuai untuk kerja-kerja atau hasil yang anda mahukan.

Cari ilmu untuk pandu tindakan yang betul.Ilmu amat penting dalam setiap tindakan kita.


Dengan adanya ilmu,sesuatu yang kita lakukan akan terasa lebih mudah.

Tanya orang yang dah berjaya. Trial and error.


Pendek kata kita kena ada mentor untuk kita berjaya.Ikut cakap mentor,buat apa yang mentor buat.

In sha Allah kita terpaksa berjaya seperti mentor kita. 

Jadi, ilmu dan mentor amat penting agar kita mencapai kejayaan dengan lebih pantas menggunakan cara atau teknik yang lebih tepat.

Jaga hubungan dengan Allah

Dalam masa yang sama, minta pertolongan daripada Allah supaya beri ilham bagaimanakah tindakan yang sebetulnya.

In sha Allah idea dan kaedah yang sesuai akan keluar juga.

Jangan putus asa namun dalam masa yang sama jangan pula buat kerja bodoh.


Jangan takut untuk mencuba 
 
Jika tak berjaya, cuba kaedah lain. Cuba, cuba dan terus mencuba.

Matlamat sama, cuma cubalah kaedah yang berbeza.



Allah nak tengok setakat mana kita berusaha.

Kadang-kadang hasilnya bukan datang dari jalan yang kita usaha tapi dari arah yang tak di sangka-sangka.


Semoga segala urusan kita dipermudahkan Allah.

Semoga anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry kali ini.


Dapatkan ebook usahawan PERCUMA.
Sila download di sini.

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah ?
 

Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
Sila Like Page   : Annur Falah Solution


 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution