Social Icons

Bisnes dahulu vs Bisnes sekarang



Assalamu'alaikum....salam sayang buat semua ...

Biarpun saya bertukar bidang bisnes dari offline ke online...saya masih tak tinggalkan dunia bisnes.Memang saya akui saya masih banyak kelemahan dalam dunia ini,namun itu bukan penghalang untuk saya menjadi seorang usahawan berjaya,apa yang penting sekeping hati yang kental.

Sekali saya terjun kebidang bisnes terasa rugi untuk meninggalkannya biarpun jalan yang dilalui bukanlah seindah mata memandang.Bidang ini terlalu banyak mengajar saya mengharungi hidup ini.Biarpun sekarang bisnes yang berbeza tetapi matlamat tetap sama.Saya akan terus berjuang...doakan saya yer.

Kalau dahulu buat bisnes setiap bulan mesti fikir duit untuk bayar sewa kedai,dah cukup ke belum...tiap2 hari kena tambah stok barang kedai lagi.
Kadang2 sampai tak sempat nak pusing modal.

Dulu buat bisnes berdua,setiap masalah selesaikan berdua,kadang2 dua2 pening mencari idea dan jalan keluar.

Dulu nak mula bisnes pun paling kurang kena ada ribu juga la.

Tapi sekarang saya buat bisnes online je,modal pula rasanya semua orang mampu.Cuma RM65 je seumur hidup.

Saya tak perlu pening2 lagi fikir tentang sewa kedai atau nak topup barang hari2.Bisnes saya berjalan anytime,dimana jua selagi ada internet.



Kalau cukup uv,setiap bulan dapat bonus..alhamdulillah hasil kerja dalam rumah jer.

Bila hadapi masalah atau sebarang kesulitan tak der la pening kepala macam dulu lagi nak setel..ye la fikir berdua jer.Sekarang berbisnes ada group lagi,boleh berbincang dan selesaikan bersama2...ada mentor lagi menjadi tempat rujukan,tempat mengadu...hehe

Masalah pun cepat selesai.

Nampaknya bisnes online ni lagi mudah dan saya lebih sukakannya.Sambil buat keja rumah pun bisnes boleh jalan.Sambil baring2 pun tak kisah..ada sapa nak kisah? bangun tengah malam pun boleh bisnes lagi..ikut suka hati

Best ke best??

~Saya sayang bisnes saya~

Segalanya bermula dengan ebook ini.Saya dapat percuma je walaupun ianya cukup bernilai..kalau anda inginkan motivasi sila download dan baca sampai habis ebook ini,tak kiralah bisnes apa yang anda sedang jalankan..saya bagi percuma juga.


http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nurulhudaramli

Nurul,
Empayar Maria Firdaus.
'The most happening Shaklee group in Malaysia'


0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution