Social Icons

Bengkel Nutrisi Shaklee


Assalamu'alaikum...

Alhamdulillah hari ni saya diberi peluang dan kesempatan  untuk bersama2 rakan Shaklee yang lain untuk menimba ilmu berkaitan produk2 Shaklee.

Sepatutnya bengkel ini berlangsung bulan lepas,tapi ditunda kebulan ini,apapun syukur sangat Allah masih memberi peluang untuk saya menghadirinya.Seronok sangat.


Bengkel bermula jam 10 pagi dan disampaikan oleh pakar nutrisi Shaklee iaitu Wan Siti Zulaicha.Orangnya lemah lembut dan comel sangat..




Walaupun majlis ni berjalan sehingga jam 5 petang,tapi tak rasa pula penat atau jemu atau mengantuk...kira ok ler kan..lagipun sepanjang program,kami disediakan minuman ESP dan Performance ...layan diri...hehe..sapa nak bancuh sendiri.

Lunch disediakan...syukur sangat.Dengan bayaran rm40 sahaja,bukan saja dapat ilmu..malah dapat makan sedap lagi...tak sempat nak snap gambar makanan...nampak nak makan jer...hihi.

Lupa plak nak bagitau...bengkel ni diadakan kat Hotel StarCity Alor Setar.Ini kali kedua saya sampai kat sini...tujuan yang sama untuk menuntut ilmu.Sebelum ni program percuma Dr Azizan punya.

Semasa perbincangan berkaitan produk Shaklee sekali sekala diselitkan video antaranya bagaimana proses pembedahan 'Bypass' dilakukan dan proses pembedahan lutut untuk menanam besi sebagai ganti.
Eeee ngerinya saya...

Bila menuntut ilmu berkaitan kesihatan,baru kita akan sedar betapa pemakanan kita seharian amat perlu dititik beratkan kerana segala penyakit adalah berpunca dari makanan.

Dan barulah kita akan sedar betapa pentingnya supplement berbanding ubat-ubatan.


Selesai perbincangan,kami ada sedikit aktiviti.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan nama produk.Then kami diberi kertas besar dan marker untuk melukis dan melakarkan tentang produk tersebut.




Setiap kumpulan akan naik kepentas untuk buat presentation berkaitan tugasan yang diberi.

Dan akhirnya...ada hadiah untuk kumpulan yang terbaik dan juga untuk speaker terbaik.

Dan untuk semua peserta..sijil diberikan sebagai tanda penghargaan.


Dah dapat ilmu mesti la rasa lebih bersemangat nak tambahkan kesihatan kan...kalau dah diberi kesedaran tapi masih tak nak jaga kesihatan...tak tahu la...tak sayang diri la namanya.

Saya sayang diri saya,saya sayang orang sekeliling saya...
saya nak jaga diri saya agar lebih sihat..begitu juga orang sekeliling saya..saya nak tengok diorang sihat juga.

Kadang2 tengok orang semakin sihat kita pun terasa seronok jer,bersyukur dan automatik kita pun terasa sihat sekali.

Itulah misi kami ahli2 Shaklee..membantu orang lain agar hidup lebih sihat.


Bengkel nutrisi ini berakhir dengan sessi penggambaran bersama rakan2 Shaklee yang hadir.

Saya harap saya mendapat peluang sebegini lagi di masa akan datang ..in sha Allah.

Semoga Allah permudahkan.




0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution