Social Icons

Aduhhh!!! Sakitnya Pinggang..

Assalamu'alaikum....

Saya mula kenal Shaklee baru tahun lepas(2013).Sebelum ni saya tak pernah dengar pun nama Shaklee.

Alhamdulillah saya dah 8 bulan mengamalkan supplement Shaklee dan sekarang saya hamil.Nampaknya kali ni saya hamil bersama produk Shaklee la.

Sebelum ni saya tak pernah ambil sebarang supplement pun samada ketika hamil ataupun tak hamil.

Bersama Shaklee saya rasa lebih sihat dan bertenaga walaupun saya hamil,mabuk sikit2 tu biasa la kan bagi wanita hamil.

Sebenarnya saya nak cerita pasal sakit pinggang ketika hamil anak ke3 sebelum ni,baru 2 bulan hamil saya alami sakit pinggang yang cukup teruk bagi saya .


Perut belum besar,tapi pergerakan saya cukup terbatas.Saya cuma duduk diatas kerusi jer.Bukan apa,kalau saya duduk atas lantai cukup lambat dan susahnya saya nak bangun.Itu siang2..kalau malam2...saya tidur cuma berlapik tilam tanpa katil.Saya memang tak beli katil..hehe

Ya Allah bila terjaga tengah malam rasa nak kebilik air...saya menangis.Saya tak boleh bangun berdiri..terpaksa kejutkan suami bangun tolong pimpin saya,dah bangun pun saya tak boleh  nak melangkah..tersiksanya saya .

Sehinggalah jiran2 menasihati saya agar pergi cari bidan untuk mengurut.Dan seorang jiran telah syorkan seorang bidan kepada saya.

Maka bersama2 dengannya pada satu malam kami pun pergi la kerumah bidan tersebut.

Bila mula proses mengurut,bidan tu bersuara kepada jiran saya ni,kayanya 'ada yang nak menumpang ni'...heee ni la yang saya tak sukaaa dengar.Tapi saya buat2 tak dengar je...dia terus mengurut.

Dalam hati 'tak mai dah lepas ni...'

Azab sakit pinggang ni bukanlah sepanjang tempoh kehamilan.Ianya hilang sedikit demi sedikit bila tempoh kandungan semakin bertambah...dan bulan2 berikutnya saya lalui seperti biasa.
Alhamdulillah.

Sekarang saya hamil lagi...dah masuk 2 bulan,mula terasa sakit pinggang menyerang apalagi sekarang ni saya banyak mengadap laptop.Memang bertambah sakit pinggang la...

Tak macam dulu ,saya mana ada mengadap laptop macam la ni..hehe dulu mengadap tv banyak la.

Walaupun sakit pinggang saya masih menyerang,alhamdulillah saya ada produk Shaklee yang banyak membantu saya.Dan untuk sakit pinggang ni...saya amalkan Ostematrik setiap malam sebelum tidur.Walaupun sebelum tidur saya sakit pinggang,dengan Ostemartik bangun pagi esok saya lebih segar tanpa sakit pinggang...syukur sangat.



Ostematrik ni memang salah satu diantara supplement2 untuk ibu hamil sebab ibu hamil perlukan kalsium yang mencukupi.Kalau kurang kalsium mula la lenguh2,sakit badan,sakit pinggang,kebas2 dan susah tidur.

Saya sebut penting untuk untuk ibu hamil sebab ibu hamil akan berkongsi kalsium dengan baby yang dikandungnya.Tak bermakna orang tak hamil tak perlu ostematrik ni...bukan begitu yer.

Semua orang perlukan kalsium..dan Ostematrik bukan sekadar kalsium.

Ostematrik turut mengandungi magnesium,vitamin D,boron,mangan,tembaga dan zink.



Lepas ni saya memang la tak berenggang dah ngan Ostematrik dan supplement Shaklee yang lain sebab saya dah rasa selesa bersama Shaklee.

Kepada ibu2 yang hamil sama macam saya dan ada masalah ataupun tak de masalah macam saya,saya syorkan ambillah supplement untuk kesihatan.

Untuk supplement Shaklee sila klik disini

Jangan tunggu sakit baru nak cari supplement.Bukankah mencegah itu lebih baik dari merawat??

Saya doakan agar semua ibu hamil kat luar sana diberi kesihatan yang  baik sepanjang tempoh kehamilan dan semoga segala urusan dipermudahkan....aamin.

Terima kasih kerana sudi membaca.
Jumpa lagi.








0 comments:

Post a Comment

 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution