Social Icons

MIGRAIN DAN SHAKLEE


Assalamu'alaikum...

Adakah anda seorang pengidap migrain?Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda.


Migrain adalah sejenis sakit kepala sebelah.Sakit kepala berdenyut2 disertai mual,muntah yang mana rasa sakitnya disebabkan oleh pembesaran pembuluh darah di dalam kepala.

Migrain selalunya dialami oleh wanita berbanding lelaki.

Antara punca yang menyebabkan migrain ialah kurang tidur,makan yang tidak teratur,tekanan emosi,bau yang kuat (cth:asap rokok dan sinar yang kuat seperti sinar lampu dan radiasi komputer.

Cara elak migrain :HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju


- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)


-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok


-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan


-Stress dan tekanan


-Jadual tidur yang tak tetap


-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Tip ubati migrain.


ikut sunnah, ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 

Apa yang penting , makan ubat , atau jika tidak mahu bergantung dengan ubat amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan. 



Antara Supplement Shaklee yang boleh membantu migrain ialah B Complex dan Ostematrik.




B Complex

Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitan migrain.

 Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ini akan memastikan anda bukan saja kurang risiko diserang migrain, tapi juga penyakit-penyakit lain seperti depresi dan strok.

Bagi pesakit migrain, adalah dinasihatkan supaya cuba mengenali sebab-sebab migrain menyerang pada masa tertentu. 

Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka ubahlah pemakanan, begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan gaya hidup.

Sila mempertimbangkan tentang mengambil vitamin/supplemen sebagai satu percubaan untuk mengurangkan migrain, kerana ia pasti lebih baik daripada ubat yang berasaskan dadah secara berterusan. 

Untuk tahu lebih banyak kebaikan B Complex klik sini.



Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan degupan jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. 

Kalsium amat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf, otot, serta buah pinggang kita.  

Magnesium pula mustahak dalam mengekalkan metabolisma kalsium.  Ia membantu mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu sebab migraine berlaku. 

Kajian menunjukkan Magnesium dapat membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan kekerapannya berlaku.

Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium tanpa vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh menjadi sisa / batu dalam ginjal atau pundi kencing.

http://naturalvitaminshop.blogspot.com/2013/03/migrain-tidak-lagi-dengan-b-complex-dan.html




Rawatlah migrain daripada terus menderita sepanjang hayat.

Berusaha tanpa jemu pasti ada hasilnya.

 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan  
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 
 
di rumah ?  Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation


**Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee
 

 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli
 
 Sila Like Page   : Annur Falah Solution




MAJLIS KAFA DAERAH YAN

Assalamu'alaikum...

Hari ni jam 7 pagi dah bersiap nak keluar bawa anak pergi Sek Keb Yan Kecil untuk menghadiri Majlis Kokorikulum SPI/KAFA peringkat daerah Yan .

Anak saya yang sulung terlibat dengan pertandingan nasyid.Kakak saya pula salah seorang guru kafa di Sekolah Keb Dulang dimana anak saya belajar,jadi kami pergi sekali la.

Acara bermula lebih kurang jam 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Guru Besar Sek Keb Yan Kecil.

Antara pertandingan yang diadakan pada hari ini selain daripada nasyid adalah marhaban,hafazan,tilawah,azan,tulisan khat,bercerita,syarahan dan apa lagi yer...lupe...hehe

Acara2 ni diadakan di beberapa kelas yang berbeza.Ini kerana nak mempercepatkan majlis berakhir sebelum solat jumaat.

Disebabkan anak saya terlibat dengan nasyid,maka saya tentulah nak tengok pertandingan nasyid kan.Jadi saya berada didalam dewan dimana acara nasyid,azan dan marhaban dijalankan.

Antara suasana yang sempat saya rakamkan di persekitaran majlis ini berlangsung.




Untuk peringkat ini(kumpulan B),cuma 2 sekolah jer yang hantar kumpulan nasyid.Sekolah Keb Dulang Kecil  dan Sek Keb Sg Limau..

Tempat Pertama diraih oleh Sek Keb Sg Limau ,bermakna Sek Keb Dulang tempat kedua la...

Yang ni kumpulan nasyid lelaki Sek Keb Dulang

Kumpulan nasyid perempuan Sek Keb Dulang

Kumpulan nasyid lelaki Sek Keb Sg Limau

Kumpulan Nasyid perempuan Sek Keb Sg Limau
Peserta azan

Antara peserta azan

Barisan juri

Sebenarnya bukan kemenangan yang saya harapkan bila anak saya terlibat dalam aktiviti sekolah seperti ini.Tapi kalau menang itu adalah atas usaha mereka..mesti la seronok kan.

Apa yang penting mereka belajar...belajar membiasakan diri dengan suasana,belajar berani menampilkan diri,belajar bergaul dengan rakan2...bila mereka berani,in sha Allah bakat mereka makin terserlah.

Majlis berakhir dengan penyampaian trofi untuk peserta2 yang mendapat tempat pertama,kedua dan ketiga.




Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancarnya dan selesai dalam 12.30 tengah hari.

Masa yang tepat untuk kaum adam bersiap ke masjid untuk solat jumaat.

Hmmm penat tapi terhibur dengan bakat anak2 bangsa.

Semoga bakat2 mereka lebih menyerlah dibidang agama bila besar nanti.


Aaamin...aamin..aamin.


MEALSHAKE SHAKLEE

Assalamu'alaikum...

Bulan lepas saya ada bercerita tentang vitamin Shaklee untuk anak2 (klik sini).Tapi kali ni saya nak cerita salah satu darinya iaitu Mealshake.


Apakah Mealshake??

Mealshakes ni adalah Makanan Tambahan yang kaya dengan Protein dan Kalsium. Ia juga kaya dengan 19 jenis vitamin seperti Vitamin A, Vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin. 




Mealshakes juga mengandungi Mineral-mineral penting seperti kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum, zinc, dan juga mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan badan.

Oh ya, ada juga ramai orang di luar sana yang salah faham dan anggap Mealshakes ni 'Makanan Segera', sebab tertulis di situ 'Instant Protein'. Jadi saya nak perbetulkan salah faham ni ye.

Sebenarnya, menurut Nutritionist Shaklee, 'Instant' di sini bukanlah bermaksud makanan segera, tetapi ia adalah protein yang 'segera' diserap oleh badan, sebab ia dah semulajadi dalam bentuk asid amino, jadi ia tidak akan mengganggu buah pinggang.

Kalau kita ambil protein dalam bentuk ayam, ikan, dan lain-lain, ia perlu ditukar kan ke bentuk asid amino dahulu, baru boleh diserap oleh badan.


Ok, kenapa kita perlu beri anak-anak food supplement?

Mengikut pengalaman kami sendiri, memang agak susah kita nak control semua makanan bila anak-anak semakin membesar. Contohnya bila balik dari kenduri kahwin, biasa orang akan bagi 'jajan' dan gula-gula kat budak-budak. 

Hmm...sangatlah tak sihat kan..nak halang 100% memang susah.

Itu tak masuk kalau makan di luar yang penuh dengan Pak Ajinomoto, gula, garam & minyak berlebihan. Huhu..

Tapi ada pula yang kata, takpela..kami ni dah jadi tokey vitamin, kaya, bolehlah beli vitamin untuk anak-anak..kami aminkan aje yang kata kami ni kaya tu ye. Heheh....Alhamdulillah..

Tapi, kalau anda nak tau sebenarnya, vitamin Shaklee adalah yang paling berkualiti dan mampu dimiliki oleh majority rakyat Malaysia.

Untuk Mealkshakes ni, kanak-kanak 12 tahun ke bawah boleh ambil 1 sudu teh sahaja sehari. So, kalau seorang anak makan, 1 tin tu tahan 2-3 bulan. Purata tak sampai RM30 pun sebulan. Agak-agak mampu ke tak?

Kalau kita boleh beli baju anak sepasang RM50, makan kat luar fast food pun dah berpuluh-puluh ringgit kan. So, takkan nak spend untuk supplemen anak bawah RM50 sebulan pun rasa mahal kan..

Shaklee ni harganya setanding kualiti. Mahal bukan bermaksud harga yang tinggi melampau, tapi ia masih mampu milik. Malah, ia juga menjadi 'good long term investment' untuk kesihatan anak.

Yelah budak-budak ni kan ramai yang jenis tak lalu makan sayur, lepas tu suka makan 'jajan'. Kalau dah badan tak cukup nutrisi, mungkin akan kerap sakit, demam, selsema. Dah lagi banyak kos untuk perubatan.

Dengan Mealskahes, cara makan pun senang. Cuma tambahkan 1 sudu teh Mealshakes ke dalam susu atau apa-apa minuman anak-anak. Orang dewasa pun boleh ambil 1 sudu besar sehari. Sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Mealshakes ni dah la berkhasiat, rasanya sangat sedap, bau dan rasa macam aiskrim Vanilla. So budak-budak memang akan suka.

Kualiti hidup paling penting. Semua ibu bapa nak anak jadi sihat dan pintar kan. Health is Wealth.


Kalau 1 family makan mealshakes, 1 tin tahan untuk 1 bulan. Bancuh untuk seisi keluarga masa sahur, InsyaAllah kita dapat menjalani puasa dengan lebih bertenaga!!

Semoga memberi manfaat bersama.

 
 ---------------------------------------------------------------------------------------
Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan 
keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 

di rumah ?

 
Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee


 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli

 Sila Like Page   : Annur Falah Solution




CARA NAK JADI AHLI SHAKLEE DAN KELEBIHAN MENJADI AHLI.


Assalamu'alaikum...

Untuk pengnetahuan pembaca Blog Amnurhuda,saya mula terjebak dengan Shaklee selepas saya habis membaca ebook ni.
 
 http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nurulhudaramli


Saya rasa saya memang patut join kalau saya nak ubah kehidupan saya kepada yang lebih baik.Lagipun Shaklee menjual produk kesihatan,tak rugi kalau saya join sebab zaman sekarang kesihatan cukup penting untuk dijaga.


Sambil2 saya menjaga kesihatan saya dan keluarga ,saya boleh berbisnes sekali...yela kan kita dah cuba,kita dah dapat kebaikan sesuatu produk,jadi memang patut kita kongsikan dengan rakan2 kan.

Mungkin mereka juga mendapat manfaat juga dari perkongsian kita.Kadang2 apa yang kita  kongsikan secara tak langsung dapat menyelesaikan masalah orang lain tanpa kita sendiri sedar .

Kan bagus tu... 

Kalau ada yang berkeinginan nak join Shaklee tetapi masih tak tahu caranya,kat sini saya cuba terangkan.

BAGAIMANA MENJADI AHLI SHAKLEE?

Ada 2 pilihan untuk menjadi ahli:-


1) Yuran Pendaftaran hanya RM65 + RM10 Postage. Yuran ini adalah untuk menampung kos BUSINESS KIT yang mengandungi catalog, product guide dan business manual.

ATAU


2) Buat pembelian dalam 1 RESIT sebanyak 200 point UV (Unit Value), iaitu bersamaan dengan RM650 anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA (bernilai RM65) dan juga CASH BONUS (bernilai RM30+). Penjimatan hampir RM100.

Anda boleh hubungi saya untuk mendaftar, atau pergi sendiri ke Branch Shaklee dan gunakan Shaklee  ID saya 1026005 (NURULHUDA BT RAMLI) sebagai SPONSOR.


Senang jer nak jadi ahli Shaklee ni.

Cuma daftar, gunakan produknya, kumpul points dan bila anda dapat certain points dalam sebulan, anda dapat CASH BONUS. Best kan. Makan sendiri je pun dah boleh dapat bonus.


Jadi bonus tu dah boleh cover cost produk yang anda makan setiap hari. Kan dah jimat kat situ.





KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1) Boleh membeli produk Shaklee pada harga ahli. (25% less than retail price)


2) Dapat BONUS hasil pembelian/jualan setiap bulan 5%-21%. Makan sendiri pun boleh dapat bonus.


3) BERPELUANG membuat biznes Shaklee, (online dah offline) dengan bantuan MENTOR.


4) ACCESS kepada SPECIAL GROUP kami Maria Firdaus' Millionaire In Shaklee (MFMS) untuk testimonial dan maklumat terperinci mengenai produk2 Shaklee.


5) Mereka yang register dengan saya, saya akan masukkan mereka dalam sebuah group Shaklee di Facebook. Dalam group ini, anda akan didedahkan dengan rahsia rahsia bagaimana menjalankan business secara online. Di sini juga, anda akan membaca testimoni Rahsia Kejayaan ramai orang yang sudah berjaya dalam perniagaan online ini.


Di situ, anda boleh dapatkan bantuan khidmat nasihat. Apa yang perlu dilakukan untuk memulakan perniagaan online. Di situ juga, ada perkongsian kisah jatuh bangun orang lain dalam perniagaan online ini.


Jika hendak berjaya, kita mesti dikelilingi oleh mereka yang sudah berjaya. Dan bila anda berada dalam group itu, bermulalah hidup anda di sekelilingi oleh mereka yang telah pun berjaya.


Anda tanya satu soalan, 10-20 orang yang akan menjawab untuk membantu anda. Semua orang nak tarik anda ke atas. Tak ade orang yang nak tolak anda ke bawah.


Sebab tu saya sendiri rasa semakin seronok berbisnes Shaklee ni sebab saya sentiasa tahu saya tak keseorangan.Saya ada kawan2 dalam group yang sentiasa sudi membantu,saya ada mentor yang tak jemu2 memberi nasihat,tip2 berbisnes ,kata2 perangsang  hampir setiap hari.

Semangat saya semakin membara2 untuk berjaya bersama2 mereka.Doakan saya yer...berjaya dan kaya dunia akhirat.

Sila download ebook ni dan baca..anda akan terasa bahangnya...


 http://www.ebookniaga.com/sorryboss/nurulhudaramli



SET SHAKLEE UNTUK TAMBAHKAN BERAT BADAN

Assalamu'alaikum...

Artikel ni khusus untuk yang nak naikkan berat badan (bukan gemuk)hehe...

Anda seorang yang kurus?? Kelihatan kurus sangat? dan...berat badan tak secocok dengan ketinggian dan umur?

Tak nak kurus lagi?bukan bermakna nak gemuk kan...cuma biar berisi sikit,tak der la orang kata "awak ni ada penyakit ker?".

Saya seorang yang kurus sejak zaman sekolah sampai sekarang.Alhamdulillah setakat ni tak der la sebarang penyakit yang berkaitan dengan kekurusan saya ni.

Walaupun dah anak 3 saya tetap macam ni,berat saya dalam lingkungan 40-41...tu jer.Rasanya tak cantik kut kurus sangat...bukan apa rasa macam nak tumbang jer kalau angin kuat bertiup.

Waktu saya hamil,alhamdulillah tak der masalah walaupun kandungan nampak kecil,berat terakhir sebelum bersalin hanya 49kg jer,x sampai 50 pun.Selepas bersalin tinggal 41...hehe misi pun  tersenyum.

Tapi anak yang dilahirkan ketiga2 semua 3kg keatas...walaupun semasa scan dr kata kandungan saya kecik...bila lahir terkejut pula..Allah yang atur kan...tak der yang pelik.

Ala...citer bab bersalin plak,orang nak cite pasal vitamin untuk naikkan berat badan.sori2...melalut.

Ok la bagi sapa2 yang rasa dia kurus dan dia nak naikkan sikit berat badan apakata cuba SET SHAKLEE.

Saya dah cuba...memang naik,tapi orang tak perasan lagi sebab nampak biasa je,saya tahu berat saya naik bila saya g timbang la,mula tu ingat penimbang rosak,jadi saya try kat klinik kesihatan plak...ha betul la tak tipu.

Berat saya dah naik dari 41kg dah jadi 43 kg sekarang.Baru la rasa kuat sikit ditambah lagi dengan sokongan vitamin2 shaklee yang lain seperti Omega,Ostematrik,ESP dan juga chew Vit C.

Saya rasa lebih bertenaga sekarang berbanding dulu sebelum makan vitamin .

SET NAIKKAN BERAT BADAN SHAKLEE ada 3 jenis iaitu:




1) Meal Shake
2)Vitamin B
3)Vitalea.

Jom kita tengok satu-satu apa manfaat vitamin diatas...

1) Meal Shake

  • menyediakan 24 jenis vitamin,mineral dan zat perlu.
  • membekalkan nutrisi kepada sel tubuh - kaya dengan protien,membantu pembinaan sel2 kulit,kuku,rambut,organ,darah,imun dan lain2.
  • membantu tumbesaran.
  • anti-oksida..mengandungi vitamin A,C,E,zink,selenium yg merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • mengembalikan seri wajah.
  • detoksifikasi-kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
 2)Vitamin B
  • menukar makanan kepada tenaga
  • melawan tekanan
  • membantu tumbesaran
  • mengekalkan kesihatan rambut
  • baik untuk mata
  • mencegah anemia
  • meredakan senggugut
  • mencegah pericche(dikenali juga sebagai kerekahan mulut,mencegah jangkitan lidah,nafas berbau.

 3) Vitalea
  • penambahan tenaga segera
  • pelengkap nutrisi
  • keupayaan sistem produktif (penting kepada kanak2 dan remaja yg sedang membesar)
  • metabolisme
  • elemen penting pada sel tubuh
  • melindungi organ

Makan vitamin Shaklee ni memang untung..bukan untung dapat duit tapi untung dapat kesihatan yang lebih baik.Cuba tengok manfaat daripada vitamin2 diatas.

Walaupun 3 jenis vitamin diatas ni disyorkan sebagai set menambahkan berat badan,namun banyak kebaikan lain yang turut diperolehi seperti lebih bertenaga,kulit semakin berseri,dan banyak lagi kan...kan..manyak untung hooo.

Kalau nak baca dengan lebih lanjut tentang vitamin2 diatas tu klik jer kat atas dia...ok.

Testimoni saya sendiri dah ada kat atas tu kan...jom kita tengok testimoni orang lain plak...










 Saya tak nak gemuk...saya nak beisi jer...awak???
Dengan set SHAKLEE saya lebih berisi dan lebih sihat...best sangat.

Kalau anda rasa anda terlebih berat badan dan nak kurus macam saya...haha..cuba  klik kat sini.

Ok semoga kita dapat apa yang kita nak...yang penting ikhtiar dan jangan putus asa...babai.
---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan 

keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 


di rumah ?


Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee



 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli

 Sila Like Page   : Annur Falah Solution



SET SENDI SHAKLEE


Assalamu'alaikum...

Kesian kan bila melihat orang tua yang sakit sendi terutamanya sakit lutut.Nak bergerak pun susah,nak solat pun tak boleh berdiri,kadang2 nak berjalan pun tak mampu,nampaknya serius kan sakit sendi ni.


Cuba bayangkan ibu atau ayah kita sendiri yang mengalami situasi diatas,takkan kita sebagai anak nak tengok aje kut,kalau kita ada rasa kasih dan sayang terhadap mereka tentulah kita tak akan duduk diam kan.Kita akan cuba cari penyelesaian untuk masalah mereka samaada bawa mereka jumpa doktor,atau berubat secara kampung.

Sebenarnya sakit sendi bukan merujuk kepada sakit lutut jer.Cuba lihat gambar dibawah.Ini adalah bahagian2 yang merujuk kepada sakit sendi.


Sekarang ni,bukan golongan berumur jer yang selalu sakit sendi,orang muda pun terlibat sama.

Apa dia sebenarnya sakit sendi ni dan macamana ianya berlaku?

Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia 
merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri 
keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua 
tulang berlainan bertemu.

Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan
 sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi 
bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada 
kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit 
degeneratif sendi).



Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) 

yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini 

kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan 

yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar 
pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.



Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal 
ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung 
berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup 
kita.

Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:

  1. Sakit pada sendi yang terlibat.
  2. Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
  3. Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
  4. Adanya pembesaran tulang sendi.
  
Bagaimana shaklee membantu anda dalam merawat sakit sendi.


   
Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat


Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepad sendi dalam tiga(3) cara :
(i) menyokong keselesaan sendi
(ii) memelihara tisu penyambung yang sihat
(iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi



Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang  melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. 
omega- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat


Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

 Sakit sendi akan menyebabkan pergerakan kita terbatas.Jadi jangan pandang ringan terhadap sakit sendi,kalau bukan kita yang alami mungkin orang tua kita atau sedara terdekat kita...bantulah mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna.

Bantulah mereka untuk menyelesaikan masalah sendi mereka agar pergerakan mereka lebih bebas dan mampu melakukan aktiviti seharian seperti orang lain.

Baca testimoni pengguna Set Sendi Shaklee disini.

Bertindak segera sebelum terlewat... 

Untuk pembelian secara online SET SENDI...sila klik sini

---------------------------------------------------------------------------------------

Ingin mendapatkan supplement yang sesuai untuk anda dan 

keluarga anda?

Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk 


di rumah ?


Pm/sms/Whatsap : 013 4420 637 untuk:

**Free consultation

**
Affordable Price

**Bisness Opportunity with Shaklee



 Add saya di FB : Nurulhuda Ramli

 Sila Like Page   : Annur Falah Solution



TESTIMONI SET SENDI SHAKLEE


Jom baca ok ker diorang ni guna Set Sendi Shaklee...kalau ok tak salah kita mencuba kan...apatah lagi kalau untuk orang tersayang.Pasti mereka tersenyum bahagia kerana keprihatinan  kita.










Mungkin ada dikalangan anda yang mengalami sakit sendi,kalau bukan ahli keluarga mungkin jiran2 terdekat ataupun kenalan.

Apakata berikan cadangan kepada mereka untuk mencuba set ini.Kita sekadar cuba membantu...Allah jugalah yang menyembuhkan.

Set Sendi Shaklee.


AL KAYYISU


Assalamu'alaikum....
Apa khabar semua...diharapkan semua sihat sejahtera.Saya doakan kalian semua sentiasa ceria dan bahagia.

Tiba2 teringat kenangan lama semasa mengandungkan anak ke 3 saya.Masa tu saya tinggal di Taman Harapan Nibong Tebal.Setiap hari minggu ada ustaz yang datang di masjid berhampiran untuk membaca kitab dan saya akan hadir jika tiada halangan.

Ada sorang ustaz ni dia membaca satu buku bertajuk AYYUHAL WALAD.Dalam buku ni ada hadis dibawah:

 Rasulullah SAW bersabda:

“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).
_______________________________________________________________


4 tahun yang lalu,saya telah memberi nama anak lelaki saya AHMAD KAYYIS.Segalanya bermula ketika saya mendengar seorang ustaz membaca hadis diatas dan hati saya telah melekat pada perkataan AL KAYYISU .

Masa tu saya hamil...terus tergerak hati nak namakan baby saya ngan nama tu.

Sejak itu hanya nama tu melekat di fikiran dan hati saya,itupun kalau baby yang saya kandung ni baby lelaki...bisik hati saya.Satu lagi saya sudah berangan2 nak hantar dia ke sekolah tahfiz bila besar nanti.Semoga impian saya menjadi kenyataan satu hari nanti.

Saya sudah mempunyai 2 anak perempuan,jadi memang saya berharap untuk melahirkan anak lelaki pula.Namun saya tidaklah terlalu mengharap sangat.

Bagi saya lelaki atau perempuan,saya tetap terima dengan bahagia.Itu rezeki saya...yang penting baby saya sihat.Jadi,saya  simpan sekali nama untuk baby perempuan andainya baby yang bakal dilahirkan adalah baby girl.

Ada sorang ustaz lagi turut mengajar di masjid yang sama tapi hari lain.Dia memiliki pusat tahfiz sendiri dan ketika dia mengajar dia akan bawa air mineral yang sudah dibaca ayat2 Alquran oleh pelajar tahfiznya.Dia menjual atas permintaan dengan harga RM1.Saya turut membelinya,nama yang tertulis dilabel botol tu "Kayyis".

Bertambah kuat niat dihati nak namakan anak saya dengan nama ni,makna pun bagus 'orang yang bijak'.Semoga dengan nama ni nanti anak saya akan membesar sebagai orang yang bijak.

Nama juga kan satu doa,apatah lagi dipanggil hari2 dengan panggilan yang betul la..ada orang letak nama anak dah bagus maknanya..tapi bila panggil dah tinggal sekerat la...camna dengan maknanya???camna nak jadi doa kan.

11.1.2010

Alhamdulillah...rezeki saya.Saya selamat melahirkan baby lelaki di Hospital Parit Buntar.Tarikh ni juga adalah harilahir suami saya.Inilah hadiah terindah untuk suami  pada tahun tersebut.

Bahagia terpancar diwajah suami dan anak2 dara saya menyambut kelahiran orang baru dalam famili kami.

Hari ini tahun 2014,dah 4 tahun umur Ahmad Kayyis.Tahun depan dah boleh g sekolah.


Mama doakan semoga semua anak2 mama berjaya dunia dan akhirat...membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.

Kalian adalah anugerah terindah buat mama dan abah.


Sayangi anak2,berilah mereka kasih sayang,berdoalah untuk mereka sejak mereka kecil.Didiklah mereka dengan ilmu agama.

Doa anak2 yang soleh amat kita harapkan bila kita sudah tiada nanti.Ajarilah mereka untuk berdoa buat kita walaupun  kita belum pergi.

Anak yang baik akan sentiasa berdoa untuk ibubapanya samaada masih hidup ataupun sudah meninggal dunia.

Nak anak2 doakan kita...kita kena la mulakan dulu..berdoalah dari sekarang untuk anak2.Doakan yang terbaik buat mereka.

In sha Allah satu hari nanti mereka juga akan mendoakan kita.

Salam bahagia buat semua.jumpa lagi.




 

Disclaimer I

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer II

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared and managed by Zulfae Solution